Selepas Dua Bulan Rujuk, Zarina Anjoulie Cer4i Lagi!

Sebentar tadi, pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah mengesahkan dia dan suaminya Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas sudah bercer4i buat kali kedua.

Anju Sahkan Sudah Bercer4i

Pengumuman yang dibuat Zarina atau juga mesra disapa sebagai Anju itu dibuat menerusi hantaran di laman Instagram dan Insta-Story.

“Pengumuman aku dah cer4i buat kali kedua. Thank you”

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cer4i..Yes(Ya) betul kami dah cer4i.Thank you(Terima kasih)”- tulis Anju

Baru Dua Bulan Rujuk Kembali, cer4i Semula

Pendedahan yang dibuat oleh Anju itu ternyata mengejutkan kerana sebelum ini kedua-duanya telah kembali rujuk sebagai suami isteri pada awal Mac lalu selepas disahkan bercer4i. Ketika itu pasangan ini baru enam bulan mendirikan rumah tangga. Menerusi carian Murai.my, pelakon ini sempat berkongsi hantaran video di laman Insta-story nya yang mana kelihatan Anju dan suaminya sempat bergurau senda di dalam sebuah kereta.

Untuk rekod, Zarina telah mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.Sebelum ini juga dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercer4i pada Disember 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my