Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan berhubung isu majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa Khalid, 26 April lalu yang mencetuskan pertikaian warganet.
Ini kerana, majlis berkenaan didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain berlakukan aktiviti rentas negeri kerana mengundang salah seorang tetamu yang difahamkan menetap di luar Kuala Lumpur.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Siti dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa menjelaskan, tiada sebarang aktiviti rentas negeri yang berlaku kerana kebetulan, pendakwah terbabit bersetuju untuk hadir kerana berada di Kuala Lumpur ketika majlis tersebut dianjurkan.
“Dakwaan ini ditimbulkan apabila kami mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.
“Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.
“Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu,” katanya.
Pasangan tersebut pada masa sama turut mended4hkan, majlis berjalan di dalam tiga sesi berbeza dan tetamu juga diterhadkan selain turut menjelaskan keberadaan Menteri Agama pada hari berkenaan.
“Majlis juga terbahagi kepada 3 sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.
“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr ZulkifliMohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.
“Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin,” katanya lagi.
Kenyataan yang diedarkan kepada media itu turut bertujuan menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang telah berlaku.
“Penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.
“k3sempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.
Kami memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
“Ini merupakan kenyataan terakhir daripadakami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” tulisnya lagi.
Kenyataan sama turut dikongsikan di laman Instagram penyanyi Anta Permata itu, hari ini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Via https://www.mediahiburan.my/dakwaan-timbul-bila-kami-mengundang-seorang-pendakwah-bebas-dari-negeri-lain-majlis-tahnik-muhammad-afwa-dipertikai-siti-bersama-suami-perjelas-kekeliruan/.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingkini.pw/