‘Azal Suka Wanita Berkaki Panjang & Tak Bertudung’- Zarina Zainudin

Baru-baru ini,  Zarina Zainuddin telah meraih perhatian netizen di laman media sosial. Ini gara-gara pelakon dan usahawan telah menawarkan gaji kepada bakal isteri anak lelakinya yang menghidap autisme Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 25.

Kenyataan pelakon berusia 52 ini kepada Harian Metro itu sekaligus mengundang kritikan netizen, sehingga ada yang mendakwa Zarina mahu menganaiya wanita yang sudi mengahwini anak lelakinya.

Walaubagaimanapun, menerusi temubualnya bersama BH Online, Zarina memperjelaskan mengenai tawaran gaji yang dimaksudkan.

“Soal bayaran gaji, mereka dibayar bukanlah untuk berkahwin dengan Azal semata-mata. Sebaliknya, mereka perlu bekerja dengan saya menjalankan perusahaan pulut kuning serta rendang yang diusahakan. Saya pun tidak bodoh menerima sesiapa sahaja yang sudi untuk bergelar isteri Azal semata-mata kerana duit,” katanya.

Zarina berkata, memilih bakal isteri Azal bukanlah semudah yang orang fikirkan. Menurutnya, yang penting wanita tersebut ikhlas, malah Azal sendiri mempunya ciri-ciri wanita idamannya.

“Azal sukakan wanita yang putih melepak, berkaki panjang dan tidak bertudung. Tetapi, saya tahu must4h1l ada wanita seumpama itu seperti dimahukan Azal. Apa yang penting adalah keikhlasan untuk mencintai Azal. Wanita yang ingin menjadi menantu saya perlu bersedia untuk tinggal bersama dengan saya. Saya perlu melatihnya bagaimana menguruskan rumah tangga, belajar memasak dan cara melayan anak saya.”- ujarnya.

Untuk info, Zarina berkahwin dengan Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau menghidap autisme.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my