Perkahwinan kedua pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil bersama suaminya Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar bukan lagi rahsia. Kebahagiaan jelas terpancar di riak wajah nenda kepada Tun Alayna Zeeya ini.
Namun, hati terusik mendengar perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah ini apabila menjadi tetamu jemputan program Istimewa, Borak Kelamin baru-baru ini. Tampil dalam persalinan jubah hijau muda, Datuk Ziela kelihatan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan.
Sesekali menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan apabila berdepan dengan saat akhir pemergian suaminya, bekas ahli politik ternama, allahy4rh4m Tan Sri Megat Junid pada tahun 2008 lalu.
Sayu mendengar wanita ini bercerita tentang sarat rindu yang ditanggungnya. “Tak pernah memikirkan kita akan hilang orang yang tersayang dalam keadaan yang kita tak bersedia dari segi mental. Tak mudah.
Empat ke lima bulan pertama, kakak akan ulang alik ke kubvr dua kali sehari sampaikan emak naik risau,” tutur Datuk Ziela yang membahasakan dirinya kakak dalam program tersebut.
Tambahnya lagi, “Tapi sebenarnya itulah cara kakak untuk kuatkan kembali semangat kakak untuk menempuhi hidup tanya arw4h. Apabila menziarahi pusaranya, terubat sedikit rindu. Memang lama kakak berkeadaan begitu. Kadang-kadang apabila rinduk4n arw4h, kakak pakai t-shirt atau kain arw4h untuk melepaskan rindu,” ucapnya sayu.
Apabila suami pergi buat selama-lamanya sudah pasti terselit cerita tentang urusan pembahagian harta yang ditinggalkan. Datuk Ziela Jalil juga tak terkecuali dan menurutnya urusan pembahagian harta yang dihadapinya memakan masa selama enam tahun.
“Walaupun harta yang ditinggalkan suami tidak banyak mana, tapi masa yang diambil untuk selesaikan hal ini sekitar enam tahun juga,” ujar Datuk Ziela yang turut mempunyai madu dan anak-anak tiri ketika itu.
“Sebenarnya dalam Islam sendiri menuntut apabila seseorang itu men1ngg4l, sebaiknya harta pusaka yang ditinggalkan diselesaikan sebelum arw4h dikebumikan. Tapi, iyalah, berbeza dengan budaya masyarakat kita yang menganggap isu ini sebagai sensitif dan perlu masa untuk diselesaikan,” tuturnya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona