Lain Macam Gaya Kejut Bangun Subuh Warden Ni, Terbaik!

Sesetengah ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah asrama untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan matang walaupun ada juga yang dihantar kerana faktor kewangan.

Walaupun terpaksa berjauhan, tapi pengalaman yang anak-anak ini dapat pasti menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Naik motosikal kejut bangun Subuh

Di Facebook, viral video seorang warden yang mengejutkan pelajar-pelajar asrama untuk bangun Subuh.

Pada yang tak tahu, kebiasaannya pelajar asrama diwajibkan untuk solat berjemaah terutamanya solat Subuh dan Maghrib.

Kelakarnya, warden ni kejut dengan menaiki motosikal Kriss di koridor sambil ramp motor kuat-kuat. Memang tersedar lah jawabnya kan!

Walaupun gayanya lain daripada yang lain tapi sekurang-kurangnya anak-anak ni tetap bangun solat,kan?

“Kena pakai paip king dr4g tu..”

Sesetengah orang mungkin menganggap cara warden berkenaan agak kasar atau meny4kitkan hati.

Tapi kalau dia tak buat macam tu, mungkin ada budak-budak yang makin liat nak bangkit bangun Subuh.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Haaa kira mantaplah cara warden ni. Dia setakat pusing throttle motor je daripada merotan pelajar-pelajar ni.

“Benda inilah kenangan yang kita akan ingat sampai tua”

Kenangan-kenangan pelik, lawak atau menyakitkan hati ni biasanya yang kita akan ingat bila dah tua.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Tak pasti video ni diambil di sekolah mana tapi harap-harap tak adalah yang mengec@m gaya bukan ortodoks yang diambil warden tersebut.

Semoga anak-anak tu nanti membesar tak tinggal solat dan jadi orang berguna suatu hari nanti.

Lebih baik kena kejut dengar bunyi ramp motor daripada kena simbah air.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: LobakMerah