USAHAWAN kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan teruja apabila lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Lala Raya menerima sambutan hebat pendengar di laman YouTube.
Meskipun perlu bersaing dengan beberapa penyanyi hebat lain, Aliff, 34, tidak menyangka lagunya itu menjadi trending hingga menerima tontonan tinggi di laman tersebut.
“Saya tak sangka kemenangan berpihak kepada saya… lagu ini boleh trending nombor satu walaupun saingan sengit lebih dari enam orang artis keluarkan lagu raya tahun ini.
“Ya Allah adakah saya dalam mimpi? Saya nak buat solat syukur, sembahyang hajat. Saya rasa macam mimpi sangat tak boleh move on macam mana lagu ini boleh disukai oleh rakyat Malaysia.
“Tanpa sokongan rakyat Malaysia pastinya lagu ini tidak boleh sampai tahap ini… walau apa berlaku, macam-macam dugaan tapi saya tabah menghadapi untuk terus bawa kedepan bakat terpendam saya ini,” katanya.
Harap Datuk dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ini!
ZIZAN RAZAK
PELAWAK
Aliff atau nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi luahan keterujaannya itu menerusi laman Instagram pada Sabtu.
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah di atas kejayaan lagu tersebut dan mengakui terhibur dengan nyanyian Aliff itu.
Salah seorang pelakon terkenal iaitu Zizan Razak turut mengakui Aliff memiliki bakat besar sebagai penyanyi.
Komen Zizan menarik perhatian pengikut Instagram Aliff Syukri.
“Ternyata Datuk penyanyi nombor satu negara… trending nombor satu, vokal Datuk memang ala-ala penyanyi barat. Harap Datuk dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ini,” tulis Zizan.
Lagu berjudul Lala Raya 2021 ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid menerima lebih 1.2 juta tontonan di laman YouTube sejak dimuat naik pada 4 Mei lalu.
Pada tahun 2019, Aliff menyanyikan lagu Jom Raya bergandingan bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar