Pelaksanaan PKP hanya sementara

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh hanya bersifat sementara bagi mengawal penul4ran j4ngk1tan c0v1d-19.

Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata PKP hanya mengawal pergerakan orang ramai yang boleh meratakan lengkuk j4ngk1tan.

Katanya, kes akan terus meningkat seperti yang berlaku sebelum ini jika tidak dikawal.

“Ia bukan penyelesaian, tetapi sekadar melambatkan dan memanjangkan beban untuk hari akan datang,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas langkah pelaksanaan PKP di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan bermula hari ini hingga 6 Jun ini.

Katanya, tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan lain bermula pada Rabu ini hingga 7 Jun 2021. SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan dalam PKP akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sazaly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan peny4kit Berj4ngk1t Tropika (TIDREC) UM berkata, PKP kali ini membenarkan sektor ekonomi diteruskan seperti biasa dan ini boleh membawa padah jika tiada saringan berkala dibuat.

Katanya, saringan berkala perlu bagi memastikan tiada yang positif menj4ngk1ti mereka di dalam sektor ekonomi itu.

“penul4ran j4ngk1tan akan terus berlaku jika ada pergerakan, perkumpulan terutama dalam keadaan tertutup seperti kilang, pejabat dan sebagainya.

“Selagi mereka yang positif tidak dikesan, j4ngk1tan akan terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan yang juga pakar kesihatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, beliau sendiri melihat jumlah semakin kes meningkat dan membimbangkan.

“Sebanyak 60 peratus kes sekarang adalah kes sporadik. Maksudnya, kita sudah tidak dapat menentukan kes itu dari mana puncanya dan w4b4k sudah memasuki komuniti.

“Memang ada kluster tertentu, tetapi ia sudah membentuk kes sporadik yang sukar dijejak puncanya,” katanya

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita