“Tidur Awal-Awal, Adik Dtg Kejvt”. Ramai Seb4k Dengar Pesanan Anak Ziarah Kvbur Ayah

Kehil4ngan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang masih memerlvk4n kasih sayang. Andainya takdir Allah, siapa kita untuk mempertikaikannya.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan, ziarah kubur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika sambutan Aidilfitri.

Namun apa yang membuatkan ramai seb4k, satu video seorang kanak-kanak perempuan berusia Iingkungan empat atau lima tahun ini yang mengambil kesempatan menziarahi kubur arw4h baps dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.

Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini. sehingga tular dan cukup menyentuh hati orang ramai.

Walaupun masih kecil, anak ini seolah-olah faham insan yang dia sayang dah pergi menghadap ilahi buat selamanya.

AI-Fatihah ayah!

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua insan yang tersayang sambil mencivm batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.

Malah anak ini sempat menitipkan pesanan seperti dia sedang bercakap dengan ayah dan neneknya secara berdepan.

“Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Posting video tersebut meraih hampir 300, 000 tontonan dan rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut seb4k melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehil4ngan dua insan tersayang.

Betullah orang kata, anak kecil ni setiap apa yang berlaku dalam hidupnya akan kekal dalam memori mereka. Walaupun tak semua orang melaluinya, tapi bila melibatkan anak-anak, kita yang dewasa pun tak kuat.

Video :

Moga semua yang diuji ini terus dikuatkan semangat dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan balk. Percayalah Allah uji sebab dia tahu kita kuat.

Sayangi anak yatim, moga dekat dengan Rasulullah

MUHAMMAD S.A.W dilahirkan dengan keadaan yatim piatu. Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Syram telah mel4ngg4r masuk ke Kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al Ka’bah. Namun demikian percubaannya telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah S.W.T telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu.

Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabi’ul Awal. Baginda telah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika Baginda baru 2 bulan dalam kandungan ibunya. Sesudah itu datuk pula men1ngg4l.

Peristiwa ini menyebabkan Rasulullah S.A.W hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah S.A.W hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Illahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang suka memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.

Lebih jelas lagi Rasulullah ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Allah sendiri telah menyebut di dalam al-Quran:

“Dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam sejagat.”

(al-Anbiya’: 107)

Peristiwa pembedahan perut Rasulullah S.A.W semasa Baginda tinggal bersama Halimah Al Sa’diyyah merupakan salah satu tanda kenabian dan tanda pemilihan Tuhan terhadapnya untuk sesuatu yang mulia. Hikmah Ilahi yang jelas di sini ialah mengiklankan dan mengisytiharkan kerasulan Baginda dan menjadikan maksum dan mempersiapkan Baginda untuk menerima wahyu dari kecil lagi dengan cara yang boleh dilihat dengan mata kasar (Rasulullah didatangi Jibril ketika Baginda sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak, Jibril merebahkan dan membelah betul-betul pada hati dan mengeluarkannya, dibasuh di dalam bekas dari emas dengan air zam-zam dan dimasukkan semula dan kanak-kanak yang lain berlari mendapatkan ibu susuannya dengan melaung-laung, Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arah Nabi Muhammad, didapati mukanya pucat) kerana dengan jalan ini membawa orang percaya dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah.

Sebelum itu mengenai nasab keturunan Baginda, kedapatan dalil yang jelas dalam Hadis Riwayat Muslim:

“Bahawa Baginda S.A.W berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini?, Para Sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas Engkau”. Ujar Baginda lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluk (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka Ia jadikan saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Ia jadikan saya dalam qabilah mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan beberapa rumah (rumah tangga) maka Ia jadikan saya dalam rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang paling baik di antara mereka.””

(Tirmizi: J.9.H.236. Kitabul-Munaqib)

Tubuh yang masih kecil itu kini dibiarkan memikul beban hidup yang berat, sebagai anak yatim piatu. Kenangan sed1h sebagai anak yatim piatu itu bekasnya masih mendalam sekali dalam jiwa Baginda sehingga di dalam al -Quran pun disebutkan, ketika Allah mengingatkan Nabi akan nikmat yang dianugerahkan kepadanya itu:

“Bukan kah Engkau dalam keadaan yatim piatu? Lalu Diadakan-Nya oarang yang akan melindungimu? Dan menemukan Kau kehilangan pedoman, lalu di tunjukkan-Nya jalan itu?”

(ad-Dhuha: 6-7)

Rasulullah S.A.W adalah teladan umat manusia. Beliau sangat mengasihi dan menyayangi anak-anak yatim. Dalam salah satu sabdanya, Baginda menjelaskan bahawa keduduk4n orang yang memuliakan, menyantuni dan mengasihi anak yatim akan mendapat syurga yang jaraknya bagaikan jari telunjuk dan jari tengah.

Selain itu, banyak kemuliaannya menjaga anak yatim:

(1) Mempertebalkan iman dan taqwa.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

(ali-Imran: 133 – 134)

Sedekahkan harta di jalan Allah, akan menambah iman dan takwa kita kepada Allah.

(2) Hati jadi lunak dan keperluan kita dipenuhi atau mencukupi.

Maksudnya adalah bila kita menanggung hidup seorang anak yatim sama halnya berinfak di jalan Allah dan Allah akan memberikan kita kelapangan dalam rezeki.

(3) Memperolehi perlindungan di akhirat kelak.

Menyayangi dan menyantuni anak yatim juga dapat membuat kita mendapatkan perlindungan di hari ki4mat kelak, seperti sabda Rasulullah S.A.W:

“Demi Allah yang mengutus aku dengan kebenaran di hari ki4mat Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim dan berlaku ramah padanya serta manis tutur katanya. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan mengerti kekurangannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang di peroleh Allah kepadanya.”

(Hadis Riwayat Thabrani)

Demikian pula, Baginda sangat melarang membiarkan anak yatim. Dalam al-Quran, Allah S.W.T mengecam orang-orang yang suka mengherdik anak yatim dan enggan memberi makan fakir m1sk1n. Allah menyebut mereka itu sebagai pendusta agama:

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang m1sk1n.”

(al-Maun: 1-3)

Dan firman Allah lagi:

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).”

(Nisa’: 10)

Sekiranya hidup mereka terbiar, ramai di antara mereka yang putus asa, seolah-olah hidup ini adalah ‘neraka’, mereka harus harungi kehidupan ini sendirian, mereka dihina, menjadi korban s3ksu4l, mereka sangat kesepian dan menangis di hati kecil mereka. Akhirnya mereka tidak mengenal Islam dengan baik apalagi beribadah, cenderung bersama-sama teman di jalanan dan lebih parahnya kalau mereka tidak dibela, mereka akan terlibat dengan perbuatan keji, mungkar dan dosa besar. Na’udzu billahi min dzalid.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mv via TTK