Pemrgian kanak-kanak Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang meninggI dnia pada 29 Januari lalu dipercayai akibat did3ra ibu kndung sendiri pastinya ditangisi seluruh rakyat Malaysia.
Di saat umat Islam sedang meraikan lebaran, sudah pastinya tumpuan terarah kepada keluarga Norlida Abu Hassan memandangkan tahun ini adalah tahun pertama mereka beraya tanpa Allahyrham Amir di sisi.
KeIuarga Norlida memelihara Allahyrham Amir sejak usianya dua bulan sebelum menyerahkannya semula kepada ibu kndung pada Oktober tahun lalu.
SeIama enam tahun meraikan hari raya bersama Amir, namun Syawal kali ini terasa sayu memandangkan tiada lagi suara riuh ‘si bongsu’ seperti tahun-tahun sebelumnya.
Mngimbas memori Aidilfitri bersama Amir, menurut Norlida, mereka sekeluarga lazimnya akan pulang berhari raya di kampung halamannya di Kedah.
Norlida (kiri) dan keluarganya memelihara Amir sejak kanak-kanak itu berusia dua bulan.
” Amir ni memang paling happy, dia suka sangat kalau balik Kedah. Dia seronok sebab sepupu sepapatnya akan layan dia walaupun mereka semua dah besar-besar sebaya anak-anak saya yang lain.
” Keluarga sebelah saya termasuk ibu menerima Amir seperti cucu kandung. Mereka rajin layan dia main bunga api.
” Ibu saya pula akan buatkan ketupat palas dan gulai daging sebab ia adalah makanan kegemaran Amir.
” Amir ni pandai ambil hati. Dia akan puji ‘sedapnya Tok’ bila makan ketupat yang dibuat neneknya itu.
” Sayu sangat tahun ini bila dia dah tiada sampai ibu saya pun terkenang ‘dah tak ada Amir nak makan ketupat Tok’.
” Selain itu, Amir juga suka makan nasi impit dengan kuah lontong. Dua juadah itu memang makanan kegemaran dia masa raya,” kata Norlida kepada mStar.
Tambah wanita berusia 50 tahun ini, ketiadaan Amir pada tahun ini dirasai oleh seluruh keluarga kerana kesemua lima anaknya memanjakan arwh seperti adik kandung sendiri.
” Contohnya Ramadan tahun lalu, Amir akan ikut Abang Ngah (anak kedua) pergi rumah orang untuk hantar beras yang orang infaq. Begitu juga dengan Kakak (anak ketiga), Amir akan bantu dia buat kuih raya.
” Bagi saya pula, pagi 1 Syawal saya akan siapkan Amir sebelum kami menunaikan solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman. Tahun lalu PKP… kami bertakbir dan solat di rumah di Rawang saja. Suara dia paling kuat bertakbir.
” Tapi kini semua tiada lagi… hanya kenangan bersama arwh sahaja,” ujar Norlida lagi.
Walaupun kisah duk4 itu sudah berlalu lebih tiga bulan, namun rindu Norlida kepada anak angkatnya itu tidak bertepi.
Ujar Norlida, keluarganya masih bersed1h dan sering terkenangkan arwh Amir, namun mereka reda bahawa kanak-kanak itu adalah pinjaman sementara untuk mencurahkan kasih.
” Ya, sampai sekarang air mata tetap akan mengalir kerana rindu. Seringkali kami akan baca Yasin untuk ubati kerinduan. Memang niat nak ziarah pusara Amir di Melaka ketika raya, namun apakan daya kerana keadaan sekarang tak mengizinkan.
” Kami bersyukur kerana mendapat peluang untuk menziarahinya sebelum Ramadan lalu. Mungkin ada orang fikir ‘anak angkat saja pun’ tapi walaupun Amir tak lahir dari rahim saya, kami tak pernah anggap dia sebagai orang luar.
” Kami anggap dia sebagai amanah Allah untuk dijaga. Ketahuilah, walaupun Amir dah tak ada ada, kasih sayang Umi untuk Amir tetap utuh,” ujarnya lagi.
Sumber:mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : asia united via TTK