Mungkin Ramai Tak Tahu, 10 Selebriti Ini Kini Menetap Di Luar Negara

Ya, ada beberapa selebriti yang memilih untuk tinggal di luar negara. Mereka bukan sahaja tinggal di sana untuk bekerja, selebriti ini juga ada yang telah mengikut suami atau sedang belajar di luar negara.

Mereka juga sering berkongsi perjalanan kehidupan mereka di sana melalui akaun media sosial. Siapakah mereka? Jom kita tengok beberapa barisan selebriti yang memilih untuk menetap di luar negara yang dapat kami kumpulkan dari berbagai sumber.

1. Azah Aziz

via Ig

Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon ‘Cinta Korporat’ ini memilih untuk mengikut suaminya berpindah ke Montreal, Kanada. Azah kini memiliki 3 cahaya mata lelaki dan masih belum terfikir untuk pulang ke Malaysia.

2. Anita Sarawak

via mynewshub.tv

Ramai yang ingin tahu tentang perkembangan terkini Anita Sarawak. Selepas pulang ke Las Vegas, pihak media tidak lagi mendengar khabar berita tentang penyanyi ini. Apapun peminat tetap mendoakan Anita Sarawak sentiasa berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

3. Dato Shake

via purepeople

Selepas berkahwin dengan wanita yang berasal dari Perancis, Dato Shake memilih untuk tinggal bersama keluarganya di Paris. Pasangan ini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Ada sumber yang mengatakan, kali terakhir Dato Shake pulang ke Malaysia adalah pada 5 tahun yang lalu.

4. Raja Ilya

via ig

Selepas bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Raja Ilya memilih untuk mengikut suaminya dan menetap di Australia.

5. Acha Septriasa

via Ig

Selepas bernikah dengan  Vicky Kharisma pada tahun 2016, Acha mengambil keputusan untuk mengikut suaminya berpindah ke Sydney, Australia dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

6. Clarissa Puteri

via haibunda.com

Pelakon ‘Ayat Ayat Cinta’ ini juga memilih untuk tinggal di Melbourne, Australia bersama suami dan 2 lagi anak-anak lelakinya.

7. Dr Amalina Bakri

via Ig

Setelah menghabiskan pelajaran di United Kingdom, Dr Amalina memilih UK sebagai tempat untuk dirinya bermastautin di sana dan kini dia baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya.

8. Sasha Saidin

via Ig

Sasha Saidin kini memilih untuk menetap di Dubai kerana suaminya yang kini bekerja di bumi Arab.

9. Edry KRU

via Iluminasi.com

Dikhabarkan Edry juga memilih untuk menetap di United Kingdom kerana anaknya yang perlu menjalani sekolah khas di Manchester.

10. Wardinah Safiyah

via hijabista

Wardinah Safiyah memilih untuk menetap di Brisbae, Australia. Difahamkan pelakon ini juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikatri.

Itulah antara barisan selebriti yang memilih untuk menetap di luar negara bersama keluarga mereka. Walaupun mereka tinggal jauh dari tanah air, rumah tangga mereka tetap bahagia dan harmoni.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my