SEBAGAI selebriti semestinya perlu kelihatan sempurna dan tampil cantik, jadi tidak hairanlah jika ada antara mereka sanggup melaburkan duit melakukan pembed4han plastik untuk kelihatan lebih menarik.
Ini termasuklah bintang Bollywood yang sanggup mengubah beberapa bahagian muka bertujuan untuk kelihatan menawan dan anggun di mata peminat.
Jom kita semak empat selebriti wanita Bollywood yang dipercayai melakukan pembed4han pada wajah. Tengoklah sendiri… berbezakan dahulu dan sekarang?
1. Shilpa Shetty
Pelakon Shilpa Shetty yang popular di era 90-an sehingga kini dikenali sebagai seorang aktres yang memiliki bentuk tubuh s3ks1 dan menawan. Senyumannya mempesonakan, mata bulat bersinar membuatkan ramai lelaki jatuh cinta.
Shilpa Shetty.
Sejak memasuki dunia hiburan, tahun demi tahun perubahan pada wajah Shilpa mula menjadi perbualan. Lihatlah perbezaan wajahnya dahulu dan sekarang… bertambah cantikkan?
2. Kangana Ranaut
Bintang sensasi Kangana Ranaut memiliki raut wajah sempurna dan cantik. Namun di sebalik kesempurnaan itu, Kangana juga dikatakan melakukan pembed4han kosmetik.
Kangana Ranaut
Dia mula mencuri tumpuan masyarakat menerusi lakonan dalam filem Gangster pada tahun 2006. Perubahan pada wajahnya mula dikesan pada tahun 2011 ketika membintangi filem Rascals.
Antara yang menjadi bualan ialah perubahan pada bahagian p4yud4ra. Kangana mengakui melakukan pembed4han pada anggota tubuh tersebut supaya kelihatan lebih besar.
3. Katrina Kaif
Umum mengetahui pelakon Katrina Kaif sememangnya memiliki wajah yang cantik dan tubuh yang sempurna, namun di sebalik itu rupa-rupanya Katrina juga tidak terlepas daripada pembed4han kosmetik.
Katrina Kaif.
Meskipun tidak menyatakan secara terang-terangan, beberapa sumber terdekat mendakwa Katrina melakukan pembed4han di bibir dan hidung.
4. Anushka Sharma
Anushka Sharma memulakan karier lakonan menerusi filem Rab Ne Bana Di Jodi (2008) gandingan bersama aktor Shah Rukh Khan. Ketika itu, Anushka memiliki kecantikan semulajadi sehinggalah penampilannya dalam filem Jab Tak Hai Jaan (2012).
Anushka Sharma
Peminat mula melihat perubahan khususnya pada bahagian bibir. Anggota wajah itu kelihatan lebih s3ks1 menyerupai bibir Katrina Kaif. Malah ada juga mendakwa Anushka turut melakukan pembed4han pada hidung.
SUMBER: Tabloid Bintang
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar