Tidak dinafikan ramai sudah bercuti panjang bermula hari Rabu yang lepas, bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri walaupun sebarang aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, menjadi persoalan ramai apabila lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur dilihat ‘sesak’ walaupun pihak kerajaan sudah memaklumkan rentas negeri mahupun daerah bersempena perayaan kali ini adalah tidak dibenarkan sama sekali. Foto tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.
Urusan kerja apa balik malam?
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Zulhafidz Yahaya mempersoalkan lambakan kereta di lebuh raya yang ingin pulang ke ibu kota. Foto yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 16 dan 17 May itu menyaksikan keadaan sesak sebelum tol Gombak.
Takkan semua ini pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ) dan urusan perniagaan? Urusan kerja apa balik malam?
Dari Jam 8.30 Malam 16 May 2021, sampai Jam 1.30 Pagi 17 May 2021, Lebuhraya Karak, menghala Kuala Lumpur, Plaza Tol Gombak, sesak teruk. Sementara itu, semua highway lain, Akleh, Plus Arah Utara, Plus Arah Selatan, Penang Brigde 1 dan 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi.
Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa ‘risau’ jika berlakunya peningkatan kes yang mendadak di ibu kota berikutan membawa kluster-kluster daripada kampung halaman. Tidak berakhir di situ, ins1den ini secara tidak langsung boleh menambahkan jumlah kes-kes yang sedia ada.
Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang Valley balik? Duk main keluar masuk kawasan w4b4k? PKP apa benda macam ni tatkala orang lain berkurung duduk dalam rumah, tak balik kampung walau seberang daerah. Aduhai, Bilanya nak turun kes kalau lepas sana lepas sini ni?
Respon netizen
Sumber: Zulhafidz Yahaya via OhbuIan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ohtular.com