Zaman sekarang macam sudah jadi satu trend terbaru apabila suami dan isteri orang mempunyai hubungan sulit yang dapat kita dilihat di dada akhbar dan media sosial. Perkara ini menjadi lebih panas apabila hubungan terlarang itu dibina di bawah naungan syarikat yang sama dan sering bersama ke sana ke mari atas urusan kerja kononnya.
Seperti tiada rasa perasaan bersalah terhadap keluarga terutama pada suami atau isteri, mereka semakin ligat mempertahankan skandal mereka itu dengan mengisi masa lapang mereka untuk bersama-sama di samping melempiaskan n4fsu serakah apabila sering berjauhan.
Hal ini sungguh memalvk4n satu keturunan apabila hubungan sulit mereka ini diketahui ahli keluarga. Walau bagaimanapun, benarlah kata orang kerana n4fsu badan binasa.
Hubungan sulit dengan rakan sekerja bukan perkara baru.Di sini kami ingin kongsikan satu Kisah Rumah Tangga yang mungkin dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana. Kisah benar ini diceritakan oleh seorang lelaki yang telah mengaku tewas dengan godaan syaitan sehingga menyebabkan dia telah terlanjur banyak kali bersama pasangannya itu iaitu isteri orang.
Saya gunakan akaun Facebook sementara semata-mata ingin meminta pendapat daripada semua selain untuk berikan pengajaran dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Saya tidak tahu mengapa saya sering diduga dengan seorang perempuan dan selalunya perempuan itu adalah isteri orang. Apalah nasib saya, memang sesuatu yang gila.
Kisah ini bermula ketika saya yang masih bujang ini berkerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya mula kenal dengan seorang rakan sepejabat dan mulanya saya memanggil beliau sebagai seorang kakak kerana dia agak lebih berusia daripada saya. Lama kelamaan apabila semakin rapat panggilan kakak semakin hilang.
Kerana kami berkerja satu pejabat, kami menjadi semakin rapat dan sering keluar lunch bersama, malahan gurauan kami sehingga menjadi tiada had. Dari situlah kami mula bermesej secara rahsia hampir setiap malam dan dia sangat pandai menyorok perkara ini dari pengetahuan suaminya.
Apabila terlalu rapat, hubungan itu akan terus berlarutan.Sehinggalah sampai ke satu tahap kami sanggup berjumpa di tangga pejabat demi untuk melepaskan kerinduan walaupun tidak bersetubuh. Agak lama kami mempunyai hubungan seperti itu dan akhirnya terputus disebabkan saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan lain. Terlalu jauh untuk kami berjumpa dan Alhamdulillah, saya juga sudah lupakan dia.
Setelah bertahun lamanya berlalu, kini saya sudah menjadi seorang suami dan turut mempunyai dua anak. Isteri saya seorang yang sangat baik dan tidak pernah buat hal malah saya sangat menyayangi dia dan dia sayang saya seadanya saya. Ya, saya pun sayangkan dia dan anak-anak. Kami sangat bahagia walaupun tidak sekaya mana.
Tetapi, dugaan demi dugaan datang yang terus menguji saya dan media sosial adalah pencetus segala-galanya. Semuanya bermula dengan Whatsapp group, Facebook, WeChat dan bermacam group lagi yang ada dicampur dengan rakan sekolah dan kawan-kawan lama sehingga mereka semua dapat ditemui semula.
Sememangnya betul dari group Whatsapp sekolah saya, saya kini merindui dia dan dia yang saya maksudkan itu adalah A. A adalah isteri orang, mempunyai dua anak dan berkerja sebagai seorang penjawat awam. Dulu ketika masih bersekolah kami adalah sebagai kawan sahaja bukan pernah bercinta, tetapi nak dijadikan cerita selepas bertukar mesej kami boleh jadi jatuh hati antara satu sama lain.
Cinta itu tak kenal siapa? Semuanya bermula apabila si A mempunyai urusan dan kursus di luar kawasan. Kami mula berhubung sampai lewat malam yang kononnya nak temankan dia sebab dia keseorangan di sana. Dan saya pulak ketika itu tiada sesiapa di rumah dan isteri serta anak-anak balik kampung atas urusan keluarga.
Jadi, waktu ini sangat membosankan dan kami bersembang, berkongsi cerita apa saja sehingga membabitkan masalah suaminya. Al-maklumlah sudah lama tak berjumpa, jadi bermacam cerita yang kami kongsikan sehinggalah termasuk bab romantik dan berakhir dengan bab atas katil.
Walau bagaimanapun, pada mulanya agak takut untuk berlebih-lebih memandangkan dia isteri orang tapi lama-kelamaan kami menjadi rindu dan hilang perasaan takut. kebetulan pada bulan akan datang nanti dia akan menjalani kursus di kawasan saya. Jadi, kami plan untuk berjumpa sehinggalah tibanya hari yang dinantikan itu kami menginap di hotel.
Inilah peluang yang kami nantikan dan selama dua hari kami tidur di hotel. Layanan yang diberikan memang sangat terbaik dan mungkin kerana h4r4m, maka ianya menjadi sangat seronok dan terbaik. Apakan daya, kerana n4fsu syaitan saya akhirnya tewas. Kepada isteriku yang disayangi, maafkan aku.
Sehingga kini hampir dua bulan saya dan A tidak lagi berhubungan selepas ada perg4duhan kecil antara kami. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kami yang h4r4m ini.
Saya jalani kehidupan saya seperti biasa sebagai seorang suami dan bapa. Setiap pagi pergi kerja dan pada petangnya balik bermain dengan anak-anak. Tapi, kadang-kadang sampai satu masa itu saya sangat rindu pada dia, rindu sangat-sangat, kenapa sampai terjadi seperti ini.
Sebenarnya masih lagi banyak cerita bercinta dengan isteri orang ini, bukannya saya ingin menipu atau memuji diri saya hebat tetapi perempuan sangat lemah. Jadi, saya ambil cerita yang ‘extreme’ saja sebagai panduan untuk bercerita pada anda semua. Memang betul, zaman sekarang sangat mudah untuk dapatkan isteri orang, baik di media sosial atau di mana-mana lebih-lebih lagi rakan sepejabat, mudah.
Saya mohon kakak-kakak, adik-adik atau makcik-makcik bawang, jangan komen pedas-pedas sangat. Tak kena pada batang hidung korang lagi, saya tak minta semua ini berlaku.
Ya, sekarang saya sedang cuba untuk bu4ng tabiat burvk ini tapi bila buka saja Facebook, ramai awek-awek dan isteri-isteri orang yang cantik-cantik. Saya seorang lelaki yang lemah, macamana nak buat ye? Tolonglah, saya tak sanggup lagi.
Suami Jahil
Semoga perkongsian kisah suami orang ini menjadi teladan dan pengajaran kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mungkin dengan cerita ini, anda boleh terus berhati-hati agar situasi yang sama tidak akan berlaku kepada diri anda dan pasangan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.two.e-kesah.com/