SETIAP individu dilahirkan dengan rupa paras dan fizikal yang berbeza-beza.
Begitu juga dengan Mohammad Haiman Hanadzlah Mohammad Hafiz, 21, yang memiliki ketinggian 190 sentimeter (cm).
Menurut jejaka itu, penangan video tular mengenai fizikal dirinya turut membuka pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Saya berkongsi video secara suka-suka di TikTok. Tak sangka viral sehingga ke negara Indonesia. Boleh dikatakan separuh followers saya berasal dari sana.
“Terharu Allah bagi rezeki macam ni. Disebabkan ketinggian ini, saya ditawarkan job untuk menjadi model, termasuklah di Indonesia.
“Tapi setakat ini saya terima beberapa job di Malaysia sahaja. Masa raya hari tu pun saya ada terima job untuk peragakan baju Melayu,” ujarnya kepada mStar.
Mesra disapa Aiman, dia mengakui terkejut dengan sokongan ramai termasuklah komen-komen usikan daripada kaum hawa berkaitan soal jodoh di media sosial.
Aiman terkejut dengan sokongan ramai yang diterima menerusi aplikasi TikTok.
Namun kata anak sulung daripada lima beradik itu, dia tidak ambil hati dengan pelbagai komen netizen, malah menerimanya dengan hati terbuka.
“Segan baca komen, tapi tipulah kalau tak seronok. Cuma malu sikit, sebab tak pernah dapat perhatian macam ni.
Saya juga dah terbiasa bila ada yang gelarkan sebagai h4ntu galah.
AIMAN
“Sekarang kalau keluar pun ada yang tegur, mereka kata kenal saya melalui TikTok. Dulu zaman sekolah tak terfikir macam ni pun.
“Saya berterima kasih pada semua sebab tak sangka jadi macam ni,” ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Menurut Aiman, ketinggiannya mula meningkat selepas dia menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain ketinggian, dia juga rajin melakukan senaman di gim demi mendapatkan tubuh yang sihat dan menarik.
“Masa sekolah saya pendek sahaja, dalam 170 cm. Lepas SPM je terus mencanak naik. Selain itu, saya juga banyak buat exercise dan jaga makan.
Aiman tak kisah jika ada yang menggelarkan dirinya sebagai h4ntu galah.
“Dulu pun saya kurus, keding… lepas habis sekolah saya jaga badan, nampak perubahan. Saya memang aktif di gim.
“Sebenarnya ramai je orang tinggi di Malaysia. Seronok bila jadi tinggi, senang nak main basketball. Nak ambil barang dekat almari atau rak tinggi pun senang.
“Saya juga dah terbiasa bila ada yang gelarkan sebagai h4ntu galah. Tak pernah terasa, saya gelak je,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai dirinya, Aiman berkata dia bekerja sebagai peniaga dalam talian.
Dia memulakan bisnes kasut sejak tahun 2018 sebelum menjual selendang pada tahun lalu.
Untuk rekod, Aiman memiliki 41,000 pengikut di TikTok.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar