TINDAKAN menyer4ng P4les.tin mendapat kec4man hebat dari penduduk seluruh dunia termasuk Malaysia Susulan itu, netizen turut menggesa golongan selebriti atau influencer untuk menyebarkan kesedaran ini di platform masing-masing.
Bagi gadis Pesona Ahad, Khaysha Mohd. Faizal Sivanathan, 26, dia bersetuju dengan cadangan itu dalam usaha memupuk kesedaran orang ramai tentang isu-isu semasa.
Anak kelahiran Muar, Johor yang memiliki 267,000 pengikut di Instagram itu turut menasihatkan orang ramai supaya berpada-pada dalam menyuarakan sesuatu isu agar tidak melampaui batas.
Kepada wartawan Kosmo! Ahad, juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ini berkongsi pandangan dan kisah dirinya.
Kosmo! Ahad: Sudah berapa lama bergelar juruterbang?
Khaysha: Saya mula berkhidmat di MAS pada Ogos 2018 dan sudah memasuki tahun ketiga bekerja bersama syarikat berkenaan.
Apa cabaran sebagai juruterbang wanita?
Sejujurnya, bagi saya walaupun dipandang rendah oleh sesetengah pihak, tidak bermakna seorang wanita itu tidak boleh menjadi juruterbang yang bagus. Saya bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja yang menghorm4ti tanpa mengira pangkat sama ada kapten, kru penerbangan hingga kru teknikal.
Sektor penerbangan antara industri yang terjejas. Bagaimana dengan Khaysha?
Seperti diketahui, syarikat penerbangan di seluruh dunia menghadapi terjejas akibat pandemik. Saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berbakti kepada Malaysia Airlines. Harap pandemik ini segera pulih.
Sekiranya tidak bertugas di awan biru, apa yang anda lakukan?
Luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Saya suka membaca buku, belajar memasak dan bersenam. Saya juga suka mengait dan meluncur ais.
Bagaimana dengan sambutan Aidilfitri baru-baru ini?
Sederhana tetapi meriah. Biasanya kami sekeluarga pulang beraya (Aidilfitri dan Aidiladha) di kampung keluarga sebelah ibu di Muar, Johor kerana bapa berbangsa India. Saya juga menyambut Hari Deepavali (sebelah bapa). Tahun ini lebih meriah kerana dapat beraya bersama adik yang sebelum ini belajar di Melbourne, Australia.
Pernah bekerja di hari raya?
Sudah tentu pernah, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali pada tahun pertama bergelar juruterbang. Sudah pasti sed1h tetapi demi tugas saya akur.
Rata-rata netizen mahu influencer menyebarkan kesedaran terhadap kekeja.m4n Isr4.el. Apa pendapat anda?
Setiap orang mempunyai hak terhadap apa yang mereka ingin kongsikan di media sosial. Ya, saya setuju media sosial merupakan medium untuk kita saling ingat-mengingati.
Biasanya orang yang memiliki wajah cantik menarik perhatian ramai. Ada tak yang mengusik nakal?
Ada, tetapi saya anggap mereka cuma mahu beramah mesra sahaja. Ada yang datang menegur, mengajak rakam gambar, tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak pun ada. Saya okey sahaja.
Nasihat anda untuk netizen di Malaysia?
Nasihat saya kepada orang ramai ibarat peringatan buat diri sendiri juga. Saya berharap setiap maklumat yang dikongsikan di media sosial memberikan kebaikan dan sama-sama membangun menjadi satu kekuatan buat negara sendiri dan juga negara-negara lain. Malaysia Boleh!
Cantiknya Berhijab, Inilah Khaysha Faizal Seorng Pilot Wanita Yang Tengah Trending Satu Dunia
Bijak Dan Cantik orangnya sehingga viral dan jadi sebutan ramai, cuba tengok orang mana… Gambar No.2 tu memang patut dapat gelaran ‘Beauty With Brain’
Biasanya kerjaya pilot atau juruterbang dimonopoli oleh kaum lelaki. Tetapi tidak must4h1l wanita juga mampu untuk mengemudi dan menjadi ‘nakhoda’ sebuah kapal terbang. Begitu juga yang dialami oleh pilot wanita ini Khaysha Mohd Faizal yang dikatakan sangat trending di seluruh dunia.
Bukan sahaja bijak, tetapi juga memiliki seraut wajah yang sangat cantik hingga menjadi viral dan sebutan ramai.
Khaysha Faizal yang mempunyaai follower 200K di laman instagram dilihat seperti seorang model. Dengan ketinggian yang memang diimpiikan oleh setiap gadis yang mahu terjun ke dunia modeling.
Malah dia juga boleh digelar seperti instafamous kerana setiap kali foto dimuat turun lagaknya bak model popular. Apa yang menarik perhatian adalah foto dimuat turut di laman sosial Instagram yang mempunyai follower 224K dengan cantik berhijab.
Inilah yang dikatakan beauty with brain. bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan paling penting bertugas dalam kerjaya yang memerlvk4n seseorang itu kuat dari ketahanan mental dan fizikal.
Maklum sahaja bukan calang-calang kenderaan dibawa, tetapi kapal terbang besar dengan membawa penumpang ke destinasi dituju. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, gadis manis berusia 24 tahun ini bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.
Menurutnya yang berasal dari Muar, Johor sejak usianya 15 tahun memang dia memasang niat untuk jadi pilot. Dan akhirnya impian terlaksana dengan menimba pengalaman terlebih dahulu dengan Malindo Air sebelum bekerja dengan MAB.
Bercerita tentang cabarannya, Kaysha berkata oleh kerana perempuan tidak ramai, jadi ketika training mereka akan fikir perempuan pandai. Namun segala cabaran dapat diharungi sebaik mungkin dan dia sangat mencintai kerjaya yang disandangnya kini.
Semoga kejayaan Khaysha ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana untuk mencapai apa yang diimpikan. Tidak ada yang must4h1l kerana jika kita berusaha pasti akan dapat yang dihajati.
Sumber: Kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.viralkini.allnws.com