Ditudvh ‘ambil barang’ sebab muka cengkvng, lelaki ini gigih main gim selepas putvs cinta… tapi timbul ‘isu’ lain pula – “Awek saya g3li orang badan s4do”

DULU kurus kini sado, namun proses untuk mendapatkan tubuh badan idaman tidaklah semudah yang disangka.

Begitulah kisah Muhd Akmal Muhd Azmi, 22, yang berkongsi pengalaman transformasi fizikal dirinya menerusi aplikasi TikTok.

Mesra disapa Man, pendandan rambut itu sempat memperincikan semula kisah perjalanannya ketika dihubungi mStar.

“Masa kurus dulu, saya memang minat badan sado, tapi tak ada modal dan sokongan. Berat pun dalam 50 kilogram (kg).

“Orang macam saya nampak pel1k kalau kurus, sebab rangka badan besar. Saya pula dulu jenis ‘berlemak’ kat pipi, tapi badan tak gemuk.

Man ketika masih kurus.

“Bila diet kurang makan, muka jadi cengkvng. Orang fikir saya ambil benda-benda terl4rang, benda mer4pu.

“Ada kawan yang jenis cakap lepas, dia kata macam tu. Memang terasa, tapi kita faham dia jenis cakap lepas,” ujarnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah.

Lepas saya buat badan, saya dah jumpa pengganti, dah jumpa orang lain.

MAN

Selain kata-kata orang yang mempertikaikan fizikal dirinya yang kurusnya pada waktu itu, Man mended4hkan pengalaman putvs cinta turut menjadi titik tolak perubahan dirinya.

Menurut Man, dia berp1sah dengan bekas teman wanita pada penghujung tahun 2019 sebelum mula bergiat aktif di gim pada awal 2020.

“Salah satu punca lagi kenapa saya nak berubah, sebab saya br0ken… putvs cinta. Tapi ia jadi pemb4kar semangat untuk saya.

“Saya mula ke gim dan jaga badan pada awal tahun 2020. Alhamdulillah, hari tu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat saya dalam 85kg.

“Sekarang, dalam 70kg. Susah sebenarnya nak jaga badan dan jaga makan. Tak semua orang boleh ‘buat badan’.

“Sepanjang proses buat badan, t1pulah kalau tak pernah nak putvs asa. Tapi bila ingat balik apa orang cakap pada kita, ia akan beri motivasi,” ujarnya yang akan ke gim sebanyak enam kali seminggu.

Bukan mudah untuk mendapatkan tubuh badan idaman, malah Man sendiri pernah hampir berputvs asa sebelum ini.

Berkat kesabaran dan usahanya, Man bukan sahaja berpuas hati dengan fizikal tubuhnya kini, malah dia juga sudah bertemu cinta hati baharu.

“Lepas saya buat badan, saya dah jumpa pengganti, dah jumpa orang lain tapi awek saya pun g3li dengan orang badan sado.

“Alhamdulillah lepas dia kenal saya, dia dah OK. Kawan-kawan dia pun g3li dengan badan saya. Tapi saya tak ambil hati. Nak kata apa-apa pun, janji badan saya cantik,” ujarnya berselor0h.

Tambah Man, dia bersyukur dengan kehadiran serta sokongan oleh Noor Shahira Ahmad Bakhir, 22, dan mereka turut merancang untuk mendirikan rumah tangga.

“Bersyukur dan terhutang budi dengan dia. Banyak yang dia support. Betul apa orang kata, tuhan akan gantikan 10 kali ganda yang baik daripada yang sebelum ini.

“Doakan kami, tengah kumpul duit untuk kahwin,” ujarnya mengakhiri bicara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar