Foto sekadar hiasan, Salam admin .. saya nk tanya muka anak biasanya akan lebih banyak ikut muka keturunan isteri atau suami? Saya baru kawen, husband saya ok la takde la hensem mana sedap mata memandang.. Tapi adik beradik husband saya takde yang hensem atau lawa la min lpstu ramai yang pendek. Husband saya je ade rupa sikit dan tinggi. Anak buah dia yang kecik tu pun takde yang comel2.
Family belah saya semua ada rupa termasuk adek beradik saya bila org jumpa family kiteorang mesti org puji cantik, comel termasuk lah family mertua saya dlu excited betul masa nk merisik saya. Kalau boleh nk lah anak cantik dan hensem mcm keturunan saya..Tapi kalau takde rzeki pun takpe saya redho saya cuma bertanya je.
Terkedu warganet dpt soalan ni, apa reaksi mereka
Amsah Masri, Assalammualaikum tt, saya faham juga kehendak tt tu kan. Maklumlah kita ni manusia memang tak pernah lari dari kemahuan dan n4fsu. Nak lebih dari orang lain.
Saja nak share ngan tt, saya muka biasa2. Kulit xbrapa nak cerah pun. Suami muka biasa2 kulit cerah. Alhammdulillah anak kami sederhana comel. Kulit cerah betul. Namun Allah uji dgn dia tak berapa nak sihat. Kalau cerita memang lebih sehari nak story. Tapi kesimpulannya kami di uji dengan itu. Hspital bagai rumah kedua.
Jika anak tt xseberapa nak cantik atau cerah pun xpa. Asalkan dia sihat walafiat, bijak, soleh/solehah. Alhammdulillah. Terimalah seadanya. Amanah Allah. Hanya di dunia jer begitu. Di syurga nanti InshaaAllah…kita semua melebihi dr sempurna. Amin
Norihan, X pyh beranak lah sis..dibuatnya anak kau lahir nt x mcm yg kau idamkan risau pulak aku. Satu je lah nk ckp..lantang betul kau mengeji ciptaan tuhan kan….jgn berbangga sgt dgn kecantikan yg ada tu..dh tua nt berkedut seribu kulit dah kendur xde dh cantik nya..m4ti nt jd tanah semula.
Sedar diri sikit belajar bersyukur nikmat tuhan beri kt kau..mujur jgk lah laki kau tu nak kt kau…hurmm.pjg lg nak ckp…tp lenguh pulak tgn ni..klau sis ada kt depan skrg ni aku x ckp cmni..aku bg tangan je kt pipi kau.
Ira Qish, Bkn nk takbur tapi nk bgi kesedaran kat sis skit..saya suami isteri cntik pon tk hensem pon tak..alhamdulillah dpt ank2 kurnian dri illahi sihat molek comel je.
Kita ni manusia biasa sis jangan hina ciptaan illahi..setiap kata2 tu satu doa…berdoa lah pada illahi dapat ank yg sihat dn sempurna sifatnya dri dok pertikai ank tu comel ke tk nnti.
Rizal Rodzuan, Lain kali klu nak dapat anak hensem, check keturunan bakal laki ko make sure semua hensem lawa. Ni dah meroyan bila tgk adik beradik laki takde Rupa oh takut anak ikut Rupa mereka.
Aku cadangkan ko tak pyh beranak la. Lg hardcore klu anak ko burvk, minta fasakh ckp psl anak tak cun. Kahwin lain, anak tak cun minta fasakh, lps tu kahwin lg. Haa begitu la seterusnya smpi abg jamil mmpus.
Ezrena, Biar kurang cantik rupa paras sis janji adab dan per4ngai cantik. Dalaman kita cantik in syaa Allah cantik laa pandangan mata org kat kita. Ada anak nnti didik anak sebaiknya dri segi agama dan adab. Bila anak awak sentiasa beradab in syaa Allah org sekeliling akan pandang anak awak cantik.
Zuliana, Amalkan lah surah Nabi Yusuf hari2 masa mengandung. Moga2 dikurniakan anak2 yg comel. Bila dah anak sendiri, tak comel pun tetap jd comel dimata ibu sendiri. Kena la redho dgn pilihan sendiri.. Lg pun puan berkahwin bukan sbb rupa semata2 kan.
Kalau sbb rupa, patut awal2 dah bt checklist. Ni dah kawin baru nak kelam kabut pasal ni.. Tawakal lah. Dah itu pilihan puan.. Esok2 didik jadi anak yg soleh. Sbb cantik ni bukan luaran shj.. Bg minum susu sentiasa sehgg seblm baligh. Susu bagus utk tulang.. Moga2 tinggi.. Bg juga makanan berkhasiat.. Kalau itu yg puan concern.. Menda kita blh usaha.. Kenapa nak risau lbh2.
Nadia Alhana, Jgn la pertikaikan kecomelan anak… Ini semua bkn kuasa kita.. Doakan kesihatan anak supaya sentiasa sihat dan cukup sifat dah cukup. Kalau kelua comel alhamdulilah itu 1 bonus utk anda dan pas4ngan.. Tp sebelom kelua ni ko doa kan jela agar baby sihat dipermudahkan masa beranak nanti da ok..
X pyh nak berebut nak muke ko yg cantikkk sgt tu.. X paham aku org mcmni. Aku rase nak Lari2 pastu bg tendang an m4ut kat mulut yg selalu pertikaikan kecomelan anak.. Yg penting skrg aku stresss. Semua impikan anak pompuan termasuk dua2 belah pihak. Aku scan wow rezeki aku dpt tau itu adalah seorg baby Girl.
OK da dpt tau girl ada pulak bunyi agar anak putih mcm anak no.2. Ape perasaan anak no. 1 bila mendgr. Jaga la sikit perasaan ibu mengandung. Nak comel pergi beranak anak kauuu sendiri.. X pyh heboh ngn anak org.
Ayang Bugal, Kluar pun nanti ikut rupa mak ayah masa kecik kecik lgi,tak nya kluar baby nanti serupa kingkong itu dh lain tu. Syukur lh anak tu bila keluar sihat tubuh bdn sempurna. Setiap baby akan ada perubahan wajah dan kulit. Tgk gambar suami masa baby atau zaman budak lagi n tengok gmbr ko juga sis.
Adelia Sari, zaman skrg ni sis, x cantik pn boleh jd cantik.. caranya make over la muka tu.. tempek foundation dan bedak ikut kilo yg nak..klu nak tggi, bukan ssh kn..dlm ig ada yg jual ubat tggi..beli je la.bnda kecik.
Boleh settle jgn kasi rumit…sis ni mmg kategori lawa ke…kasi up sikit muka lps baru bgn tido…klu ramai yg vote mgkn cantik la kot.
Mira Jasmi, Bersyukur laa kak oii bila Allah bagi peluang mengandung , melahirkan anak .. Jangan nak pertikaikan rupa kau ke laki kau ke .. 7 keturunan laki kau ke . Jgn muka keturunan org lain sudah . Masalah nanti oii.
Rini Syahputra, Dah tau dorang tk ad yg lawa keturunan dya, knpa awak kawen dgn dya, awak kawen lah dgn mat saleh yg hensem2, kot2 anak awak nnti comel2 hensem2 lawa2. Syukur sis ap pun bentuk rupa pas4ngan, janji dya tak buat hal sudah lah, awak baru lagi kawen baru rasai asam garam rumah tangga sis, rupa je tak cukup sis oii.
Qaseh, Klu suami kau ada rupa kau yg makan hati ramai yg tergila2kan dia, lagi satu aku ase suami kau xnak pn kt kau kalu dia ada rupa, msti nak cari lebih lagi dari dia….apa la sgt dgn rupa tu, kalu aku, aku xtgk pn rupa tu.
Nia Hakim, Sis…x comel x cntik masa kecik x smstinya x cantik n x hot masa remaja & dewasa..hahaha..mcm kite lah,kecik² x comey pun,,lagi time bebudak langsung out..tp dh remaja n dewasa hot weii…ramai SA gitu..pening kpala fmily nk pilih jodoh..But best men win kan..haaa gitu..so sis bersyukur dgn anugerah Allah yg satu tu,yg pnting dia sihat n sempurna.
Fatin Nabila, hahaha bakmai sini gambaq hang aku nak tengok lawa tera mana sgt..ntah2 dok prasan ja lebih.riak hg tu nanti tuhan balas muka hg tiba2 naik jeraawat batu baru hg taw.
Hafeeza Ayu, Apada, janji anak sihat sudah. Anak sendiri mesti la nampak comel je. Doa baik, rajin2 baca surah yusuf time pregnant. Apa2 pun rezeki ALLAH nak bagi anak tu comel tak. yang penting jadi anak yang menyenangkan hati dunia akhirat
Sumber : KRT
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.two.e-kesah.com