GARA-GARA berkongsi video sedang melakukan rawatan kecantikan sedut lem4k atau liposuction di sebuah klinik yang terletak di Kuala Lumpur (KL), pelakon Zarina Anjoulie did4kwa merentas negeri untuk tujuan yang tidak dibenarkan.
Tampil menjelaskan tujuannya ke ibu negara, Zarina yang kini menetap di Nilai, Negeri Sembilan berkata dia kerap berulang-alik atas urusan kerja selepas mendapat kebenaran p0lis.
“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat KL, kadang-kadang aku tak balik sebab esoknya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik.
“Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai p0lis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai p0lis tanya.
“Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet!” katanya menerusi Instagram pada Rabu.
Zarina buat penjelasan di Instagram mengenai tujuannya rentas negeri.
Sebelum itu Zarina berkongsi rakaman video mendapatkan rawatan di sebuah klinik kecantikan di Kuala Lumpur.
Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang turut mempersoalkan tindakan Zarina merentas negeri bukan tujuan kecem4san.
Takkan laki kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja, kerja aku review buat lipo dan dapat gaji, sila faham!
ZARINA ANJOULIE
PELAKON
“Ni sebab rentas negeri ke?” soal seorang pengikut.
Menjawab komen tersebut, Zarina berkata video yang dikongsi olehnya itu merupakan sebahagian tuntutan kerja dan dia dibayar untuk mempromosikan klinik berkenaan.
Zarina dibayar untuk lakukan review buat pembed4han bu4ng lemak di sebuah klinik di Kuala Lumpur.
“Bila orang bebel kata aku pergi Kuala Lumpur tiada kepentingan… acik kau tak ada kepentingan! Itu la cara aku buat duit dengan review, kau ingat semua duit charity aku buat pun datang dari mana? Review la!
“Takkan laki kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja, kerja aku review buat lipo dan dapat gaji, sila faham!
“Pergi la balai report… kau bebel sini tak ada orang heran,” jawabnya
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar