Pelvk c1um anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas – “Anak saya tak ada n4fsu yang begitu”

TINDAKAN pelakon Zarina Zainuddin berkongsi momen indah mengendalikan anak sulungnya yang menghidap aut1sme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil di laman Instagram mengundang teguran seorang netizen.

Individu berkenaan menegur tindakan Zarina memelvk Azil dan mengingatkan mengenai batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.

“Jangan pelvk-pelvk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada n4fsu juga!” tulis seorang pengikut.

Terkesan dengan teguran yang ditinggalkan individu tersebut, Zarina segera membalas komen wanita berkenaan.

“Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada n4fsu yang begitu… dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu,” jawab Zarina.

Zarina jawab komen yang ditinggalkan seorang pengikut di Instagram.

Sebelum itu, Zarina memuat naik rakaman video memeluk dan mencivm Azil yang kelihatan berada dalam keadaan tenang.

“Hari ini memang di rumah sahaja Azil pagi tadi dah ke kedai beli surat khabar… harini tak ada bagi ubat apa-apa kat Azil, ubat kasih sayang sahaja,” tulis Zarina pada ruangan kapsyen. 

Rata-rata peminat menyokong tindakan Zarina membelai dan memelihara Azil dengan kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelakinya itu mempunyai kekurangan diri.

Azil (kiri) bersama kembarnya, Azal (kanan).

“Anak-anak istimewa ni adalah anak-anak syurga… memang perlu sentiasa di pelvk dan dibelai agar dia rasa sentiasa disayangi.

“Azil ni anak istimewa, dia dah macam anak kecil yang perlvk4n belaian kasih seorang ibu… dia seolah-olah didunia sendiri dan tak macam manusia normal lain.

“Agaknya orang yang komen tu tak pernah beri kasih sayang dekat anak ke sampai tergamak cakap macam tu? Azil dan Azal anak syurga, jangan cakap sebarang kalau tak faham!” komen pengikut.

Azil yang kini berusia 25 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang pengh1dap aut1sme.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar