Aw4s! Sc4mmer meny4mar jadi ibu bapa Mawar Karim minta ‘transfer’ duit – “Jangan percaya WhatsApp daripada parents saya”

BEKAS isteri pelakon Fizo Omar, usahawan Mawar Karim mengingatkan mana-mana individu yang mengenali ibu bapanya agar tidak terpedaya dengan taktik sindiket pen1puan atau sc4mmer yang mengg0dam telefon bimbit orang tuanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar, 32, mended4hkan individu yang meny4mar sebagai ibu bapanya iaitu Aminuddin dan Faridah akan meminta wang daripada kenalan yang berada dalam senarai WhatsApp mereka.

“Kepada sesiapa yang mengenali kedua ibu bapa saya, Aminuddin dan Faridah, telefon bimbit ayah dan ibu saya kena g0dam.

“Sc4mmer ada minta yang kononnya berlakon jadi ibu bapa saya, guna nombor telefon mereka untuk minta transfer duit ke akaun sc4mmer.

Perkongsian Mawar di Instagram Story.

“Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit,” katanya.

Menurut Mawar, dia dan ibu bapanya mengambil serius perkara ini dan akan membuat laporan p0lis agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Diharapkan kalian yang kenal ibu bapa saya jangan sesekali percaya pada WhatsApp tersebut dan jangan terpedaya untuk transfer duit.

MAWAR KARIM

USAHAWAN

“Kami memandang serius perkara ini… kami akan buat laporan untuk tindakan lanjut kepada sc4mmer yang tidak bertanggungjawab.

“Harap maklum. Kerjasama kalian amat kami hargai,” katanya.

Mawar bersama anak tunggalnya, Wan Maryam.

Untuk info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 36, pada November 2013 namun disahkan bercer4i pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar