Penerangan Mudah ‘Pok Ya’ Berkaitan V4ksin Dalam Dialek Kelantan Raih Pujian Netizen

Ketika ini, masih ada lagi yang keliru dengan fungsi sebenar vaksin dimana ada yang mengatakan vaksin adalah ubat untuk menyembuhkan pes4kit yang terj4ngk1ti w4b4k c0v1d-19.

Untuk pengetahuan umum, vaksin ini berfungsi sebagai pelindung agar kita tidak terj4ngk1ti w4b4k c0v1d-19 dan juga mengurangkan kadar risiko yang dialami jika sah terj4ngk1ti w4b4k tersebut.

Terbaharu, Sabri Yunus iaitu seorang pelakon yang cukup dikenali di Malaysia telah menggunakan media sosialnya untuk memberikan kesedaran akan fungsi vaksin dengan penjelasan yang mudah difahami dalam dialek Kelantan.

Menerusi video tersebut, Sabri dilihat turut memberikan contoh situasi yang berlaku bagi memuudahkan pemahaman orang ramai. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen memuji Sabri yang menggunakan pengaruhnya untuk bersama-sama menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai. Bukan itu sahaja,  para netizen turut mengatakan sewajarnya mereka yang berpengaruh melakukan inisiatif seperti ini untuk mempengaruhi rakyat mengambil vaksin.

Untuk rekod, hampir 11,000 penerima vaksin di Kedah tidak hadirkan diri antara 19 April hingga Sabtu lalu kerana bertukar fikiran disebabkan belum bersedia untuk menerima sunt1kan vaksin.

Sebelum ini, sebuah laporan mengatakan hampir 10,000 penerima vaksin di Kelantan tidak hadir ke pusat vaksinasi untuk menerima vaksin walaupun mereka layak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  vocket