Ryzal Duriankimchi dikec4m pers3nda baju tradisional Iban… terg4mak samakan dengan kain burvk! – “Saya mohon maaf atas gur4uan tidak cerdik”

TINDAKAN Instafamous, Ryzal Duriankimchi mempers3ndakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video tular di media sosial sehingga membangkitkan kemar3han netizen.

Menerusi video tersebut, isteri Ryzal yang merupakan warga Korea Selatan, Maryam You Narae, 28, dilihat memakai busana tradisional itu, dipercayai berlaku di bilik mekap selepas ditata rias.

Klip video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik Ryzal menerusi aplikasi InstaStory di akaun Instagramnya, menunjukkan dia menyamakan aksesori dan material busana tersebut seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain burvk, langsir, tikar dan tali pinggang pengakap.

“Syiling orang letak dalam poket, diorang letak kat sini.”

“Ini apa ni? Kain meja apa ni? Alas TV tahun 70an.”

“Ini kain burvk, letak mesin basuh yang ini.”

“Nak bagi orang tengok langsir dia cantik.”

“Ini apa ni? Tikar?”

“Ni tali pinggang pengakap.”

Tangkap layar video Ryzal memeriksa busana tradisional yang dipakai Maryam.

Rata-rata netizen mengec4m tindakan Ryzal, 28, dan menyifatkannya sebagi tidak sensitif dan mengh1na pakaian tradisional kaum itu.

“Mamat Melayu yang kahwin dengan minah Korea tu berani h1na pakaian tradisi orang Iban. Angkara label ‘alas TV tahun 70an’, ‘kain burvk letak mesin basuh’, ‘tikar’ dan ‘tali pinggang pengakap’ Duriankimchi mula dibenci?”

Saya mohon maaf atas gur4uan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gur4uan yang tidak menghorm4ti budaya itu

RYZAL DURIANKIMCHI

“Kenapa kutvk pakaian etnik Iban? Jujurnya, I suka tengok wanita Iban punya pakaian tradisional. Ryzal tu tak respek betul lah cakap kain burvklah apa lah.

“Kepada Ryzal! Sebenarnya pakaian kaum Iban ni unik dan cantik, orang bodoh je cakap pakaian ni kain lap burvk apa semua. Kau kena jelajah semua tempat baru kau judge pakaian tradisi kaum lain! Berani kau!” antara komen netizen.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya.

Ryzal membuat permohonan maaf.

Pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk mengh1na pakaian tradisional itu, sebaliknya ia hanya dibuat sebagai gur4uan.

“Saya minta maaf atas gur4uan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam. Saya akui ia gur4uan, bukan niat mengh1na tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

“Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulvk4n permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan pakaian tradisional Iban,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ryzal turut memberitahu video yang dikongsikannya itu telah dipad4mkan.

“Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghorm4ti kamu semua.

“Saya mohon maaf atas gurauan yang tidak cerdik berkenaan dengan pakaian tradisional Iban. Saya kesal dengan gurauan yang tidak menghorm4ti budaya itu,” katanya.

Menerusi posting berasingan pada pagi Khamis, Ryzal turut memuat naik video permohonan maaf berhubung tindakannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar