Setiap anak dilahirkan dengan sifat dan per4ngai yang berbeza. Daripada anak sulung hinggalah yang bongsu, masing-masing mempunyai sikap berlainan. Ini normal dan pasti akan dilalui oleh semua ibu bapa.
Sebagai contoh ada bayi yang mudah dijaga, jenis yang men4ngis sepanjang masa atau sesekali sukar nak dibaca caranya. Orang kata tiba-tiba kalau nak men4ngis dia men4gis. Jika ok, ok sangat.
Diam masa tidur je
Melalui perkongsian Siti Nadhirah Shahar, dia berkongsi pengalaman anak sulungnya yang high demand sehingga menyebabkannya str3s semasa dalam pant4ng dan buntu menghadapi keadaan itu. Walapun masa tu ramai yang tolong jaga tetapi disebabkan t4ngisan bayi itu bukan biasa-biasa memang benar-benar tertekan.
Bayangkan dari pagi sampai ke malam, lepas tu sambung pula ke Subuh. Hanya diam bila tidur sahaja. Tiap kali anak men4ngis, suamilah selalu cakap tengok muka anak, anak itulah yang di nantikan dulu.
Sini saya nak kongsi pengalaman saya dulu pernah melalui fasa menjaga baby high demand. Inilah babynya, Naira Alysha. Tahun ni dah usia 5 tahun kesayangan mommy.
“Mommy pun men4ngis sekali”
Saya faham sangat bila ibu-ibu cerita tentang cabaran menjaga baby high demand. Lagi-lagi jika anak sulung. Memang boleh buat kita terkejutlah. Yelah bila lahir je asyik nak melekat, men4ngis 24 jam dan senyap masa tidur saja.
Menurut Siti Nadhirah, Naira dari lahir balik rumah je dan kebetulan berpantang kat rumah mak memang dia men4ngis sepanjang masa. Orang kata celik mata men4ngis. Serba tak kena.
Sampaikan mommy pun join men4ngis sekali sebab tak tahu nak buat apa dah. Tambah lagi anak sulung yang memang tiada pengalaman. Macam-macam cara dan ikhtiar dah buat. Beli puting kosong dan buai, tapi buai pun tak jalan juga.
Mujurlah suami selalu beri kata-kata semangat dan nasihat yang positif. Dia selalu beritahu saya, insyaAllah nanti baby besar akan jadi anak yang baik dan bijak.
Masuk 2 tahun, Naira dah makin ok
Apabila nak masuk umur 2 tahun lebih tu baru la sedikit demi sedikit high demand dia tu berkurang dan bila Naira dah usia antara 3 hingga 4 tahun alhamdulillah dia dah tak meragam lagi dah.
Kalau ingat semula dulu-dulu dia memang jenis n4ngis kuat, tak kira siang malam, setiap hari. Puas buat macam-macam cara tak serasi juga. Namun dalam pada itu, saya tetap yakin Naira akan ok bila dia makin besar.
Dah besar anak yang pandai berdikari & rajin
Tambah Siti Nadhirah lagi, kini apabila Naira dah masuk usia 5 tahun alhamdulillah doa saya itu Allah dah makbulkan dan sekarang dia seorang anak yang mudah di jaga dan pandai berdikari.
Jika dikenang kembali pengalaman 5 tahun lalu, memang tersenyum sendiri. Kebetulan pula waktu itu, lepas kahwin saya terus jadi fully housewife. Allah dah atur cantik. Kalau tak, tak tahulah macam mana bila dihantar pengasuh sebab dia memang tak nak dengan orang.
Sekarang Naira dah ada dua adik. Mujurlah kedua-duanya bukan kategori itu. Betullah orang kata setiap anak, ragamnya berbeza-beza. Sama ada kita kuat atau tak je bersabar. Tapi saya syukur bila Naira besar ni, dia sangat memudahkan kerja saya kerana rajin menolong mommy dan daddy jaga adik-adik dan senanglah diurus.
Banyak bersabar, sokongan suami penting
Nasihat sata buat ibu-ibu yang melalui fasa seperti saya dan mempunyai bayi high demand, bersabarlah dan kena kuat demi anak-anak. Allah uji kita sebab Allah yakin kita boleh laluinya. Bila tengok anak dah semakin besar kita pun tak akan sangka boleh berjaya hadapi saat yang sukar dulu.
Kredit: Siti Nadhirah Shahar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&Ma