Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum dimaklumkan mengenai kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana g4gal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.
Bagaimanapun kata Siti, beliau menghorm4ti dan akur dengan keputusan pihak berkuasa berhubug perkara tersebut.
“Pihak kami hanya mengetahui daripada berita atau pihak media mengenai k0mpaun yang dikenakan dan belum mendapat pemberitahuan daripada pihak p0lis.
“Kami menghorm4ti dan akur dengan apa jua yang diputuskan pihak berkuasa dan berharap semua ini selesai dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.
Semalam media melaporkan, Ketua p0lis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan k0mpaun RM10,000.
Selain Siti, tiga anaknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k0mpaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Sementara itu, Arjunaidi juga memaklumkan artis, Norman Hakim dan Abby Abadi serta pasangan masing-masing turut dikenakan k0mpaun.
Siti Nurhaliza, Datuk K Dik0mp4un RM10,000
PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikompaun RM10,000.
Ia susulan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, awal Mei lalu.
Perkara itu disahkan Ketua p0lis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed hari ini, lapor Harian Metro.
Turut dikompaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.
Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Awal bulan ini, p0lis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang didakwa mel4ngg4r SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua p0lis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha dilaporkan berkata siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 2021 susulan satu laporan p0lis dibuat berkaitan isu tersebut.
Majlis tersebut dihadiri tetamu kenamaan termasuk Zulkifli serta beberapa penceramah dan pendakwah.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: GEMPAK/Malaysia post via TTK