Pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, mengakui menjaga isterinya, Noor Neelofa binti Mohd Noor,32, ada waktu susah dan senangnya.
PU Riz memberitahu ia adalah satu pengalaman yang menc4bar memandangkan isterinya sudah terlalu lama bergelar “ladyboss”.
“Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.
“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlvk4n masa untuk dia menyesuaikan diri,” kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.
Sementara itu, Neelofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.
“Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.
“Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.
“Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” katanya.
Walau bagaimanapun, video sesi siaran langsung dan soal jawab diatas telah dip4dam daripada akuan Instagram peminat tersebut.
Dalam perkembangan lain, Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah melancarkan Tabung kecemasan c0v1d-19 untuk memberi ruang kepada semua orang yang ingin berinfaq kepada mereka yang memerlvk4n disaat negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dan kes harian c0v1d-19 yang semakin meningkat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cari via http://www.dnq.pw/