PKP 3.0: PM umum rakyat terjej4s dapat tambahan BPR, moratorium turut ditawarkan

SEBANYAK RM2.1 bilion diperuntukkan bagi tambahan dalam program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Bantuan PKP 3.0, Isnin malam.

Kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 mendapat BPR tambahan RM500 manakala bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300.

Golongan bujang akan menerima BPR sebanyak RM100.

Muhyiddin berkata, bayaran itu akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada akhir Jun 2021.

Sementara itu, perdana menteri turut mengumumkan mengenai moratorium untuk golongan B40, pekerja dan PKS yang terjejas.

Mereka diberi pilihan sama ada kelulusan autom4tik moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar