Isteri ded4h suaminya positif Cov1d-19 selepas rider COD barang di rumah pelanggan gelang pink – “Mungkin diseb4rkan melalui wang kertas”

KETIKA jumlah k3s c0v1d-19 berada pada tahap membimbangkan dengan empat digit k3s dilaporkan saban hari, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memutuskan rantaian j4ngk1tan v1rus berkenaan.

Namun begitu, masih wujud kelompok yang bersikap pentingkan diri sehingga menyebabkan orang lain menjadi m4ngs4.

Begitulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia dan anak-anaknya terpaksa diku4r4nt1n selepas suami didapati positif c0v1d-19, gara-gara kecuaian pihak lain.

Berkongsi cerita dengan mStar, Shazwani Shakeri berkata dia dan empat anaknya kini menjalani ku4r4nt1n di rumah kerana menjadi kontak rapat manakala suaminya kini ditempatkan di sebuah pusat ku4r4nt1n di Kota Bharu, Kelantan.

“Alhamdulillah, ujian calitan pertama kami lima beranak negatif. Sekarang sedang menunggu untuk buat ujian calitan kedua pula. Moga-moga negatif juga,” ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Bercerita serba ringkas kisah yang dialami keluarganya, Shazwani berkata ia bermula selepas suaminya mengalami dem4m secara tiba-tiba sebelum keputusan ujian calitan mengesahkannya positif c0v1d-19.

Empat anak Shazwani yang turut menjalani ku4r4nt1n selepas menjadi kontak rapat kepada bapa mereka.

“Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat kurier namun dia hanya bekerja di pejabat. Dipendekkan cerita, salah seorang rider didapati positif c0v1d-19 dan ia berpunca ketika dia menghantar barang ke rumah pelanggan yang sedang memakai gelang pink.

“Ceritanya, barang tersebut dihantar menerusi kaedah COD (Cash On Delivery), jadi berkemungkinan ia disebarkan melalui wang kertas.

“Rider tersebut pun tak mengetahui status kesihatan diri, jadi hadir bekerja macam biasa sehinggalah tiba-tiba tak sihat sebelum disahkan positif c0v1d-19,” katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, Shazwani bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh menjalani ku4r4nt1n, dia dan empat anaknya sihat tanpa alami sebarang gejala.

Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun ‘strangers’.

SHAZWANI SHAKERI

“Saya kesian dekat suami sebab selepas dapat keputusan ujian cal1tan, dia terus ‘ditahan’ untuk dihantar ke pusat ku4r4nt1n. Sehelai sepinggang.

“Masa itu kelam kabut juga kami… terpaksa minta bantuan rakan untuk hantarkan pakaian dan keperluan suami di pusat ku4r4nt1n.

“Mungkin sebab terkejut juga, saya tak sihat beberapa hari ketika peringkat awal diku4r4nt1n. Masa tu macam-macam nak kena uruskan sebab kita dah tak boleh keluar rumah.

“Mujurlah anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh bantu serba sedikit. Alhamdulillah saya sihat kemudiannya. Syukur kerana suami tak teruk, namun dia alami gejala seperti s4kit tekak, s4kit sendi dan hil4ng deria bau serta rasa saja,” ceritanya yang merupakan seorang bekas penyampai radio.

Tambah Shazwani, dia tidak menyangka perkongsiannya di TikTok mengundang perhatian sehingga meraih lebih 420,000 jumlah tontonan.

Shazwani bersyukur kerana ramai kenalannya membantu menghantar makanan dan barang keperluan ketika dia bersama anak-anak sedang menjalani ku4r4nt1n.

Namun lebih terharu, ramai kenalannya di aplikasi berkenaan menghulurkan bantuan dengan menghantarkan bekalan makanan kepada mereka sekeluarga.

“Pada mulanya saya tak cerita pun keadaan diri namun ada beberapa yang tegur sebab perasan keadaan saya macam tak seperti biasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun ‘strangers’.

“Mengenai video tersebut, saya sekadar muat naik untuk menyebar kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan untuk putuskan rantaian.

“Setiap syarikat juga kena lebih cakna dan alert… terus ambil tindakan sewajarnya dengan segera jika terdapat kes positif. Sekarang ni bukan masanya kita nak tuding jari dah, tapi kena ambil peranan dan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya yang menjalankan bisnes pakaian muslimah ini.

@mrs_shaz

Cerita ni pjg sebenarnya. Tp tgk lah kalau ramai yg share, kita sambung lg ##covid19 ##covid19awareness ##tiktokguru

♬ original sound – ethelindfaustine

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar