Pelakon Johan As’ari ada memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Letty bersempena Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.
Johan ketika ditemui di set pengambaran Penjejak Ifrit di Shah Alam, pelakon itu menjelaskan wanita berkenaan ialah teman istimewanya.
Bagaimanapun, Johan mengakui perhubungan masih terlalu awal untuk dikongsi secara terperinci.
“Kami dah kenal 8 bulan cuma cinta jarak jauh sahaja sebab dia kini berada di Amsterdam. Kami jumpa pun jarang sekali,” kata Johan kepada MH.
Ditanya siapakah gerangan wanita cantik terbabit, Johan memberitahu dia merupakan seorang gadis kacukan yang baru sahaja selesai melakukan pengajian PHD.
“Ayahnya berasal dari Amseterdem, manakala ibunya pula dari Utara. Dia banyak habiskan masa dia dengan belajar sehingga dapat PhD dalam jurusan Political di London.
“Dia juga kerap ke belajar di Australia, London sehingga ke tahap itu (PhD),” jelas Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari.
Berkongsi soal sejauh mana tahap seriusnya bersama wanita tersebut selepas beberapa kali menjadi hubungan cinta yang tiada kesudahan, Johan punyai jawapan sendiri.
“Saya menghormati dia sebab masing-masing selesa. Saya cuma serah pada Allah tentang jodoh dan setakat ini, dia merupakan wanita yang selesa dan yang rapat dengan saya,” tambah Johan lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang aktif dalam pengambaran drama bersiri 13 episod seram bejudul Penjejak Ifrit yang akan ditayangkan di Astro.
Pada masa sama, aktor tersebut sedang menantikan tayangan filem baru, Tiada Tajuk arahan Asmawi Ani dan Mat Kilau arahan Syamsul Yusof.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Media Hiburan