Tampil untuk menghentikan spekulasi ke atas dirinya, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah disahkan menghidapi c0v1d-19 pada awal Mei baru ini.
Marsha yang disahkan positif mula mendapatkan rawatan insentif di h0sp1tal Ja’afar, Seremban sebelum dipindahkan ke h0sp1tal Pantai, Bangsar.
Ekoran situasi tersebut Marsha memberitahu dia terpaksa merahsiakan hal yang sebenar disebabkan oleh nasihat daripada doktor mengenai keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.
Ini Rupanya Kenapa Marsha Cuba Rahsiakan
Dipetik dari Berita Harian, Marsha memberitahu keadaan fizikal dan mentalnya menjadi sangat lemah selepas mengetahui keadaan yang sebenar.
“Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.
“Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera,”katanya kepada BH Online.
Pelakon ini juga berkongsi mengenai keadaan emosinya yang tidak stabil dan terjejas dengan teruk serta bimbang dengan keadaan yang dihadapinya.
Kongsi Pengalaman Sebagai Salah Seorang pes4kit c0v1d-19
Melihatkan keadaan yang semakin pulih dan sedang menjalani proses ku4r4nt1n, Marsha mengatakan dia sangat bersyukur dan lega apabila keputusan ujian calitan suaminya negatif.
Pada masa yang sama, dia juga turut meluahkan rasa sed1h apabila bapa mentuanya menjadi salah satu korban c0v1d-19 pada baru-baru ini.
Apabila bertanyakan mengenai pengalamannya, Marsha berkongsi pada awalnya dia mula mengalami kesuk4ran untuk bernafas, hil4ng deria bau dan rasa pada bahagian mulut, serta s4kit kepala.
Pelakon kepada drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menyeru agar setiap rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ketika berada di luar rumah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my