Baca al-Quran ketika ziarah jen4zah, guru tak sangka dapat tunai hajat ter4khir bekas pengetua MRSM Langkawi – “Isterinya beritahu hanya selepas selesai pengebvmian”

PEMERGIAN seorang pengetua tiga tahun lalu ibarat ‘Harimau m4ti men1ngg4lkan belang, manusia m4ti men1ngg4lkan nama’ kerana keperibadiannya disanjung tinggi.

Seorang guru berkongsi kisah ‘permintaan terakhir’ pengetua berkenaan yang hanya diketahuinya selepas arw4h selamat dikebumikan.

Guru berkenaan, Mohd Shahid Ahmad memberitahu, dia mengenali allahy4rh4m Shabani Ahmad ketika sama-sama bertugas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah.

Mohd Shahid berkata, dia sempat ‘berguru’ selama hampir tujuh tahun dengan arw4h yang bertugas sebagai pengetua MRSM Langkawi sebelum berpindah dan menjadi pengetua di MRSM Pendang.

Mohd Shahid (baju merah) bersama allahy4rh4m Shabani (tengah) di MRSM Langkawi sebelum berpindah bersama isteri dan anak-anak.

Bercerita lanjut, dia yang juga telah berpindah ke MRSM Arau, Perlis dijemput sebagai penceramah untuk satu program keibubapaan di MRSM Pendang pada 24 Mac 2018.

“Bagaimanapun, program tersebut dibatalkan berikutan Haji (panggilan allahy4rh4m Shabani) yang merupakan pengetua MRSM Pendang men1ngg4l dunia malam sebelumnya.

“Bila saya dapat tahu arw4h men1ngg4l dunia pada malam 23 Mac selepas Isy4k, saya terus bergegas ke Pendang bersama isteri dan anak-anak, saya baca al-Quran di kediaman arw4h sehinggalah saat sebelum jen4zah dimandikan,” katanya kepada mStar.

Berhimpun bersama kakitangan dan sebahagian keluarga pada 2016.

Shahid yang berusia 43 tahun bagaimanapun dikejutkan dengan satu pemberitahuan yang tidak disangka-sangka sebaik selesai urusan pengebvmian jen4zah pada pagi 24 Mac.

“Selesai pengebvmian jen4zah, isteri arw4h datang pada saya dan sampaikan sesuatu. Saya masih ingat kata-kata isteri arw4h, ‘Sampai juga hajat Haji nak minta Shahid baca al-Quran‘.

“Petang hari arw4h men1ngg4l dunia, beliau kurang sihat dan beritahu tak akan hadir ke program ceramah, dan minta isterinya maklum pada saya supaya datang ke rumah dan baca al-Quran untuk kesembuhannya.

“Saya terkejut bila diberitahu permintaan terakhir arw4h, hanya selepas selesai pengebvmian. Serius saya tak tahu dan saya men4ngis bila dapat tahu. Alhamdulillah hajat arw4h tercapai,” katanya sambil menambah arw4h mengh1dap peny4kit kenc1ng manis dan men1ngg4l dunia pada usia 53 tahun.

allahy4rh4m Shabani (kanan) bersama salah seorang pelajar pada 2014.

Menurut guru yang berpengalaman selama 13 tahun itu, dia menganggap allahy4rh4m sebagai bapanya sendiri, selain mempunyai perwatakan yang hampir sama seperti suka memberi teguran dan nasihat sebagaimana arw4h bapa kandungnya.

“Hingga ke hari ini jika ada yang cerita tentang arw4h, akan ada yang bercakap mengenai perkara yang arw4h selalu buat semasa hayatnya.

“Selepas beliau (arw4h) punch kad masuk kerja, arw4h akan pusing satu maktab sambil kutip sampah yang dia jumpa, menggunakan tangannya.

“Rumput-rumput terlekat atas alas kaki dekat foyer MRSM Langkawi, beliau yang kutip guna tangan dan bu4ng. Jadi cikgu dan staf tak akan pijak alas kaki tu kalau kasut kotor sebab bimbang pengetua akan pungut dan bu4ngkan,” ujarnya yang berasal dari Sik, Kedah.

allahy4rh4m Shabani rapat dengan para pelajar.

Mohd Shahid berkata, dia kagum dengan cara arw4h mendidik guru-guru dan para pelajar sepanjang khidmatnya dalam bidang perguruan.

“arw4h tak pernah pun suruh kami ikut macam beliau kutip sampah tu. Tapi bila nampak tindakan pengetua yang konsisten macam tu, cikgu dan pelajar akan buat perkara yang sama secara autom4tik tanpa disuruh. Kepimpinan melalui teladan.

Rumput-rumput yang terlekat atas alas kaki dekat foyer MRSM Langkawi, beliau yang kutip guna tangan dan bu4ng. Jadi cikgu dan staf tak akan pijak alas kaki tu kalau kasut kotor sebab bimbang pengetua akan pungut dan bu4ngkan

MOHD SHAHID

“Saya ingat lagi hari pertama arw4h jadi pengetua MRSM Langkawi. Beliau minta letak cermin kat dalam bilik pengetua. Saya agak sinis juga.

“Selang berapa tahun bila saya tanya, arw4h kata melihat cermin umpama melihat diri sendiri dalam kebaikan dan berhenti melihat keburvkan orang lain. Ini kerana melihat keburvkan orang lain umpama ada cermin besar yang akan menghalang kita melihat kebaikannya Berhenti bercakap tentang keburvkan orang. Saya terdiam,” katanya.

Mohd Shahid yang kini bertugas di MRSM Taiping di Perak berkata, hubungan arw4h dan para pelajar di sekolah juga amat baik.

allahy4rh4m Shabani (hadapan, kanan) bersama kakitangan ketika mesyuarat pada 2016.

“Saya tak pernah nampak arw4h marah pelajar, dia boleh je letak tangan atas bahu budak sambil tanya khabar. Mendidik anak orang macam jaga anak sendiri.

“Di MRSM Langkawi, beliau akan tingkatkan dan raikan semua kebaikan dan kesungguhan guru dan staf. Iklim sekolah akan sentiasa tenang je. Jadi kecemerlangan tu sentiasa konsisten hingga MRSM Langkawi sentiasa top five keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Yang paling diingati pasal arw4h, akan sentiasa ada lawatan benchmarking. Hampir setiap bulan lawatan dari sekolah luar. Bila pengetua ditanya macam mana ye MRSM Langkawi ni boleh kekal cemerlang?

“arw4h akan sentiasa cakap ‘Saya tak buat apa-apa pun. Semua cikgu dan staf yang buat.‘ Itulah perkataan yang dia selalu wiridkan, Allahuakbar,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar