SERING kali kita mendengar kisah si ibu yang mengalami alahan ketika berbadan dua.
Pelbagai jenis alahan termasuklah munt4h, l0ya, sensitif terhadap bau sesuatu dan sebagainya bukanlah menghairankan bagi wanita meng4ndung, sama ada ia adalah kandungan pertama mahupun yang sudah mempunyai ramai anak.
Namun begitu, ada juga dalam kalangan lelaki yang turut terkena tempias al4han si isteri, sebagaimana yang dialami oleh suami kepada wanita ini.
“Saya yang pregnant, si suami pula terkena tempias al4han… suami terb0ngk4ng sambil layan m4buk,” demikian perkongsian yang ditulis wanita berkenaan pada video TikTok.
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 190,000 jumlah tontonan.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syida berkata, suaminya mula mengalami al4han sejak dua minggu yang lalu.
“Saya kini h4mil anak sulung dan kandungan baharu mencecah usia dua bulan setengah. Saya mengetahui berita keh4milan selepas membuat ujian, ketika Ramadan lalu.
“Mula-mula saya yang alami alahan seperti s4kit kepala, munt4h dan tak boleh hidu bau minyak wangi yang terlalu kuat. Tengok-tengok, suami pun turut alami al4han.
“Dia sering rasa kepalanya pus1ng… minum kopi, makan buah semua tak ‘jalan’. Sehinggalah kawannya cadangkan makan asam. Dua hari juga mencari asam.
Syah turut terkena tempias isterinya yang sedang h4mil anak sulung.
“Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak hinggalah jumpa asam yang betul-betul ngam dekat sebuah pasar raya baru-baru ini. Selalu pernah dengar kisah orang lain, kini kami suami isteri pula yang alaminya sendiri,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.
Cerita Syida, selain al4han normal, dia juga mengalami ‘simptom mengidam’ seperti kebanyakan wanita mengandung yang lain.
“Nak kata mengidam benda pelik tu tak ada… cuma saya bukanlah penggemar aiskrim, tapi baru-baru ini saya teringin nak makan aiskrim Cornetto yang mini tu. Alhamdulillah dah dapat.
Pasangan ini turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan.
“Rasanya setakat ni apa yang saya teringin makan, semua mudah didapati. Harapnya jangan tiba-tiba mengidam bukan-bukan pula… sekarang ni situasi sukar sebab ‘lockdown’.
“Saya harap juga alahan ni tak lama… takut juga jadi macam ibu. Ibu alah sembilan bulan sepanjang mengandungkan saya,” ujarnya ketawa kecil.
Sementara itu suami Syida yang hanya mahu dikenali Syah berkata, dia menganggap apa yang dilaluinya ini sebagai satu kenangan manis.
Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak.
SYIDA
ISTERI
“Saya ingat lagi… dulu-dulu pernah tengok kawan sendiri kena tempias al4han isteri dia. Masa tu saya belum kahwin. Kawan kata, ‘nanti kau kahwin, kau tahulah’.
“Sebelum isteri h4mil pun saya pernah kata, kalau isteri alami al4han, biarlah saya yang menanggungnya sekali. Kita selalu tengok betapa sukarnya keadaan mereka… dengan membawa perut, kemudian al4han pula.
“Dah dua minggu kepala saya pus1ng, cuma akhir-akhir ini kerap sikit… mujurlah saya boleh bekerja dari rumah. Asam memang dah beli banyak untuk spare,” ujarnya yang bekerja dalam sektor swasta.
Pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung, tahun depan.
Syah yang turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan bersama Syida berkata, dia berharap semoga keadaan isteri dan bayi di dalam kandungannya sentiasa sihat.
“Bagi suami di luar sana, terutama yang tak rasa apa yang isteri rasa, fah4milah mereka. Mereka dah banyak berkorban. Janganlah kalau isteri mengadu pening atau penat, kita ingat mereka sengaja mahukan perhatian.
“Yang dah terkena tempias pastinya mereka tahu apa yang dirasai si isteri. Ini adalah satu pengalaman yang tak semua para suami dapat rasa,” katanya lagi.
Berkongsi alahan bersama suami. 🥰🥰
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar