Tidak salah jika seseorang itu ingin menyemai semula putik-putik cinta meskipun mencari pengganti untuk mengubati hati itu bukan mudah.
Biarpun, cinta dikatakan memang indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan, hal yang demikian kerana tidak semua kisah percintaan nan indah berakhir di jinjang pelamin.
Ada yang bertahun-tahun menyulam cinta, namun tidak tertulis dia jodohnya kasih tetap terlerai juga.
Apa yang pasti, mendoakan seseorang untuk disatukan jodoh itu satu usaha yang baik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.
Memuat naik gambar di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz dihujani komen-komen nak4l berhubung aktor tampan kelahiran Pulau Pinang itu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat begitu teruja menantikan kehadiran “mesej cinta” daripada Sharnaaz Ahmad atau lebih mesra disapa Mamu setelah berkali-kali mempamerkan perhubungan mesra di antara mereka dikhalayak umum.
Terdahulu Sharnaaz ada men1ngg4lkan emoji kiss dalam satu hantaran foto Azira di laman Instagram.
Reaksi Sharnaaz dikatakan terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan selebriti jelita Azira ini.
Gara-gara mereka ini pernah digandingkan bersama dalam sebuah drama dan dilihat secocok, ramai yang beranggapan bahawa Azira ini mampu menjadi pengganti suri hati buat Sharnaaz setelah bercera1 dengan bekas isteri, Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal.
Meskipun, Azira acap kali diusik oleh Sharnaaz ketika bersama secara langsung menerusi Live Instagram, dia hanya tersenyum dan tidak mempamerkan reaksi yang berlebihan sehingga dikatakan mengundang kontr0versi.
Menurut sumber sebuah laporan berita, Azira sememangnya mengakui bahawa dia berkawan baik dengan semua rakan selebriti termasuk Sharnaaz.
“Ramai yang salah tafsir. Seperti kita ketahui, keletah Sharnaaz tidak boleh diduga. Sharnaaz suka bergurau dan mengacav orang. Itu sememangnya karakter Sharnaaz”
Wah sweet betul diorang ni, tak apalah kita doa yang baik-baik sahaja.
Mana tahu doa-doa peminat buat Azira ini mustajab kan?
Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Azira Shafinaz
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : hotfm via mr