Seorang isteri pasti ingin sentiasa kelihatan cantik didepan suami namun rasanya setiap isteri tidak cukup tangan apabila berada dirumah apatah lagi tanggungjawab bertambah sebagai seorang ibu pula.
Dirumah pasti ada- ada sahaja kerja rumah yang perlu dilakukan bermula dari pagi perlu menyediakan sarapan untuk anak serta suami dan seterusnya membersihkan rumah lalu barulah akan berangkat kerja. Tak menang tangan dibuatnya.
Walau bagaimanapun, buat Memey Suhaiza ketika tempoh lockdown ini dia cuba untuk kekal bersemangat meskipun tidak dapat keluar rumah dan mengambil kesempatan itu untuk bersiap cantik juga buat suaminya, Norman Hakim.
Memey Suhaiza diruangan Instagram berkongsikan tips agar kekal bersemangat itu kepada umum dengan memuat naik rakaman video menunjukkan dia tetap bersiap cantik walaupun dirumah demi suaminya.
Selebriti ini juga dilihat menyiapkan sarapan khusus buat suaminya itu dan tersenyum gembira dan katanya diruangan kapsyen bahawa bersiap cantik juga dapat mengelak daripada malas.
“Day 2 lockdown. Tips nak kekal bersemangat setiap hari. Bangun pagi, bersiap cantik-cantik juga baru kita rasa bersemangat takde malas-malas.
“Tak kan nak keluar je baru nak cantik, suami kan ada rumah. So kita cantik untuk suami.”
VIDEO:
View this post on Instagram
Memey Suhaiza bagaimanapun dihujani dengan komen pujian terhadap sikap rajinnya itu.
“Alahai beruntungnya Norman”
“Betul kena cantik-cantik depan suami”
“Setuju… cantik buat suami”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL via TTK