Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Bagaimanapun, Suhaimi berkata ramai yang salah faham dengan statusnya itu.
Menurut Suhaimi, dia hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid sahaja tetapi akan mengetengahkan genre lain pula dalam bidang muzik.
“Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan menyanyi selagi ada suara, InsyaAllah tanpa title nasyid pun kita masih boleh terus menyanyi.
“Malah sasaran dan audience mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid),” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Suhaimi berkata dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.
“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.
“Dalam nasyid sendiri ada irama pop,balada, asli malah rock. Sekarang saya baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa,” katanya.
Suhaimi Saad ‘letak jawatan’ sebagai penyanyi
PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribvt, bekas anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad mengumumkan sudah ‘meletak jawatan’ sebagai penyanyi nasyid malam tadi.
Begitu pun, tidak dinyatakan punca sebenar yang membuatkan penasyid berusia 40 tahun ini mengambil keputusan drastik mahu bersara selepas dua dekad berada dalam arena seni.
“SS (Suhaimi Saad) letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil ustaz.
“Panggil SS atau Mie saja. Siapa d3gil SS akan kompaun dan block (sek4t),” katanya menerusi satu pengumuman dalam Instagram.
Sepanjang bersama Inteam sejak 2000, mereka menghasilkan enam album sebelum Suhaimi mengambil keputusan untuk bergerak sendirian lima tahun kemudian.
Suhaimi tidak menunggu lama apabila menubuhkan syarikat pengurusan sendiri yang dinamakan Karya Mosus dan menerbitkan album solo pertama berjudul Kias Cinta pada 2006.
Dua tahun kemudian dia yang aktif dalam penghasilan lagu muncul dengan album berjudul Kalamak disusuli album Zikir Selawat dan Doa (2013) dan Maksud Hidup (2016).
Suhaimi juga pernah merakamkan album bersama isterinya, Ina Naim dan empat cahaya mata mereka yang diberikan judul Bismillah.
Pada masa sama dia turut mengingatkan pengikut laman sosialnya jangan lagi memintanya membawakan lagu Inteam atau akaun mereka akan disek4t jika masih berdegil.
Terdahulu, Suhaimi yang kini mengalami masalah penglihatan pernah berdepan pelbagai kontr0versi bermula dengan perdebat4nnya mengenai bentuk bumi hingga kelantangannya menegvr artis lain.
Terbaharu, dia menegvr sikap pelakon Catriona Ross yang lantang m3ngkritik kedegil4n orang Kelantan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya berhubung larangan rentas negeri. – K ONLINE
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : rotikaya