Siti Nordiana Mula Mendedahkan Dirinya Bertuah Selepas Tunggu Tam Spider Lebih 20 Tahun

Tampil dengan lagu runut bunyi (OST) Cukup Derita Itu, penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dia telah menyalurkan seluruh em0si dan tenaga dalam lagu tersebut.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata lagu OST tersebut merupakan salah satu peluang untuk dirinya kekal relevan dalam kalangan peminat dan juga industri muzik.

Dedah diri bertuah selepas tunggu Tam Spider lebih 20 tahun?

Menyanyikan lagu OST yang mendapat sentuhan komposer Tam Spider dan lirik hasil nukilan Siti Rosmizah, Nana berkongsi lagu ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan olehnya.

“Sebenarnya sudah lama saya bercita-cita untuk bekerjasama dengan Tam Spider. Salah satu daripada impian saya sudah pun tertunai akhirnya dapat menyanyi lagu nukilan Tam”, katanya.

Nana yang berkecimpung dalam industri muzik tanah air lebih dari dua dekad berkongsi impiannya tercapai setelah sudah memend4m lama rasa untuk bekerjasama dengan Tam Spider.

Dipetik dari Malaysia Gazette, Nana juga memberitahu dengan menyanyikan lagu OST ini ia adalah salah satu peluang untuk membuatkan lagu tersebut popular dan diterima oleh pendengar apabila diputarkan hampir setiap hari.

“Saya percaya sentuhannya cukup istimewa seperti mana lagu Farahdhiya, Bertakhta Di Hati yang masih diminati sehingga kini.

Secara jujur saya akui Tam sememangnya seorang komposer yang teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu Cukup Derita Itu dengan emosi yang tepat”, ujar kepada Malaysia Gazette.

Pada masa yang sama, Nana juga mendedahkan komposer terkenal itu banyak membantu dirinya sepanjang proses rakaman berlangsung untuk menghasilkan OST yang cukup berem0si dan berkesan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my