Buat ‘paid review’ aksi tak sen0n0h atas katil… Zara Zya minta rakyat Malaysia ‘open minded’ – “Selagi tak sal4h buat apa nak dengar orang cakap apa”

TINDAKAN pelakon Zara Zya berkongsi video reviu produk memaparkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan aksi tidak sopan atas katil dengan kapsyen berbaur luc4h mengundang rasa kurang senang netizen.

Menjawab kri.tikan netizen itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zanuddin berharap rakyat Malaysia berfikiran lebih terbuka memandangkan dia hanya mempromosikan produk makanan tambahan sahaja.

Pelakon berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan kri.tikan netizen kerana beranggapan tindakannya itu tidak salah.

Antara komen netizen di perkongsian Zara di Instagram.

“Kalau fikir ia 18 XS, jadi macam itu la. Rakyat Malaysia kena open minded. Lagipun, saya hanya promosikan produk seperti suppplememnt atau makanan tambahan sahaja.

“Tapi tak apa la, saya ok saja bila netizen kec4m atau kri.tik sebab dah memang masak sangat dengan netizen Malaysia. Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

Paid review ini memang dari dulu pun saya dah terima. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, selagi benda itu tak salah buat apa saya nak dengar cakap orang lain,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Saya terima untuk buat ulasan itu bukan sebab tak ada job.

ZARA ZYA

PELAKON

Sebelum ini, netizen mengkritik tindakan Zara memuat naik video mempromosikan produk melibatkan hubungan in.tim suami isteri yang dilihat tidak sesuai untuk dipertontonkan di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap biarpun ia iklan berbayar namun tidak bersesuai dengan imej aktres tersebut yang kini sudah berhijrah.

Dalam pada itu, biarpun dikri.tik tiada ‘job’ namun pelakon drama Korban Kasih ini bersyukur kerana perniagaan jualan sambal di atas talian mendapat sambutan.

Zara syukur bisnes jual sambal atas talian mendapat sambutan.

“Alhamdulillah… perniagaan sambal mantul saya berjalan dengan lancar. Zaman sekarang orang memang suka buat pembelian secara talian. Jadi, saya pun jual sambal itu di platfrom perkhidmatan atas talian.

“Kita sendiri pun terjebak beli online… kadang-kadang entah apa barang kita beli. Sebab itu saya pun jual sambal yang juga resipe arw4h nenek ini di platfrom itu.

“Ikutkan sebenarnya saya dah lama menjual sambal bilis dan penyet tapi untuk sambal mantul ini baharu sahaja tahun ini saya buat,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar