Berita baik! Bayaran balik pinjaman PTPTN ditangguh tiga bulan

BAYARAN balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan selama tiga bulan bagi peminjam yang layak, kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menteri Pengajian Tinggi berkata, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai Khamis (10 Jun) sehingga 31 Ogos depan.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan.

“Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik c0v1d-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Noraini berkata, butiran berkenaan pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

Beliau menambah, sebarang pertanyaan lanjut, boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut Noraini, kerajaan sebelum ini telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN tahun lalu mulai 19 Mac hingga 31 Disember kepada semua peminjam PTPTN.

Selain itu, penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN terkesan dibuat selama tiga bulan di antara Januari hingga Mei lalu. – The Star

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  Mstar