Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 dan bercr4i pada 2008. Sepanjang tempoh tersebut mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Mohammed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan juga Maria Danisha Hakim. Setelah berp1sah, kini keduanya telahpun membawa haluan masing-masing dimana Norman telah pun berkahwin bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby juga telah bahagia bersama suaminya kini iaitu Jai Ezzany.
Demi kesejahteraan anak-anak, kedua-dua keluarga ini telahpun berdamai dan memulakan lembaran baru dalam kehidupan mereka sekeluarga. Perdamaian dua keluarga ini di sambut baik oleh para peminat mereka dan sangat dikagumi oleh masyarakat sehingga kisah mereka diangkat menjadi sumber inspirasi buat para psangan suami isteri diluar sana.
Seiring dengan perubahan masa, anak-anak mereka juga telahpun meningkat dewasa. Anak gadis Abby dan Norman sentiasa menjadi perhatian di media sosial kerana mempunyai raut wajah yang manis dan cantik persis wajah ibunya Abby ketika zaman muda.
Peka dengan perubahan semasa dan perhatian yang diberikan oleh masyarakat terhadap anaknya, Abby sebagai ibu sentiasa bertindak untuk menasihati anaknya itu agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak terpeng4ruh dengan perkara yg negatif.
Abby memuatnaik video di instagramnya untuk mempromosikan set baju di bawah jenamanya sendiri, walaubagaimanapun video tersebut meraih perhatian netizen yg tertarik dengan kecantikan wajah anak dara Abby yg menjadi model menggayakan set baju tersebut.
Anak kedua Abby bersama dengan bekas suami sebelum ini iaitu Norman Hakim telah menginjak usia 15 tahun dan kelihatan sangat manis serta murah dengan senyuman.
Para netizen rata-ratanya memuji kecantikan yang dimiliki oleh Marissa dan terpikat dengan keperibadian Marissa yang lem4h lembut dalam bertutur.
Mereka juga kagum dengan cara Abby mendidik anak kerana melihatkan penampilan Marissa yg berpakaian dengan sopan sebagai seorang mslimah. Sahabat Abby ketika menganggotai kumpulan nyanyian Elite dulu iaitu Azza juga turut mngalkan komen yang memuji kecantikan anak rakannya itu dengan mengatakan ibarat bidadari.
Keharmonian keluarga Abby dan keluarga Norman yang mampu berbaik dan berdamai sangat menjadi inspirasi buat masyarakat selama ini. Abby juga sangat menitikberatkan aspek keagamaan dalam mendidik anak serta dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan orang ramai juga mampu mencontohi amalan keluarga ini dalam kehidupan mereka pula.
Sumber : Instagram abby_abadi112.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingkini via mr