Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memanjatkan rasa syukur apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi dengan izinNya.
Menerusi satu video yang dikongsikan, Sarah dan suaminya, Shuib ada berkongsi foto terbaru ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan lalu meminta anak-anaknya untuk meneka jantina adik baru mereka.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah dengan izinNya tak lama lagi akan bertambah family baru dalam keluarga kami. Sarah doakan yang masih menunggu cahaya mata akan dipermudahkan, diberikan rezeki anak pada masa dan waktu yang tepat.
“InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki ke perempuan? Budak-budak ni kemain seronok lah nak dapat adik. Saya doakan pada pasangan yg belum dapat baby, Allah kurniakan cahayamata yg soleh,” tulis Sarah di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama meneka jantina anak keempat yang bakal lahir selain mendoakan agar urusan bersalin penyanyi Manis itu dipermudahkan.
Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan selebriti ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.
Setakat ini, video tersebut sudah pun menerima tontonan lebih 170,000 kali.
Foto: Instagram Siti Sarah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH