Tak ris4u ke? Disahkan positif Cov1d-19, lelaki ini menyanyi, menari ceria tunggu ambul4ns bawa ke pusat ku4rant1n – “Saya dah lama tak jejak hospital”

SIAPA yang tidak sed1h apabila menerima khabar duk4 disahkan positif c0v1d-19.

Namun berbeza pula dengan seorang pes4kit c0v1d-19 yang kelihatan ceria pada hari dibawa ke pusat ku4r4nt1n.

Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda berkenaan dilihat lincah menari sewaktu menunggu ketibaan ambulans.

Pemuda berkenaan, Syed Yazid Alhady Syed Amir memberitahu, video yang dirakamkan oleh abangnya itu baru dikongsinya di aplikasi TikTok, beberapa hari lalu.

Yazid semasa di pusat ku4r4nt1n.

Anak muda berusia 26 tahun itu berkata, video berkenaan dirakam apabila dia disahkan positif c0v1d-19 pada 18 April lalu selepas menjadi kontak rapat kepada seorang rakan.

“Saya dapat panggilan memaklumkan ambulans akan datang jemput saya pada pukul 9 malam. Masa tu bulan Ramadan, jadi saya siap mengemas sebelum waktu berbuka puasa.

“Pukul 8 malam lagi saya dah ready. Pukul 9 sampai 10 malam, ambulans tak datang lagi. Jadi saya menyanyi dan menari dahulu lagu Dunia Belum Berakhir nyanyian Shaden bagi menghilangkan nervous (gemuruh) menunggu,” katanya kepada mStar, merujuk kepada lagu yang dipopularkan oleh kumpulan dari Indonesia.

Lebih mesra disapa Yazid, bekas pes4kit c0v1d-19 itu berkata, dia sempat berkaraoke beberapa lagu sebelum ambulans tiba di rumah pada pukul 11.30 malam untuk menjemputnya.

“Sebenarnya saya nervous sebab ambulans nak datang ambil memandangkan saya dah lama tak jejakkan kaki ke h0sp1tal, pergi klinik pun teramat jarang.

“Bila saya akan dihantar ke pusat ku4r4nt1n membuatkan saya bertambah gemuruh sampai fikiran macam-macam,” ujarnya yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang.

Yazid pada mulamya bimbang sekiranya ahli keluarga turut dij4ngk1ti w4b4k itu.

Mengulas lanjut, anak bongsu daripada empat beradik itu mengakui berasa amat bimbang selepas keputusan ujian swabnya mengesahkan dia positif c0v1d-19.

“Masa tu saya lebih bimbang dengan ahli keluarga yang tinggal serumah. Saya takut kalau mereka turut dij4ngk1ti disebabkan saya.

“Nak beritahu keluarga mengenai saya positif c0v1d-19 pun dah cukup berat. Rasa bimbang tu mengatasi perasaan sed1h sendiri,” katanya yang syukur apabila semua ahli keluarganya disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan c0v1d-19.

Kalau terlalu layan emosi memang tak ada faedah. Kita kena atasi perasaan sed1h tu dengan aura dan semangat yang positif

SYED YAZID

Yazid yang menjual cookies dan choco jar berkata, selama ini dia meluangkan masa dengan aktiviti karaoke dan menari bagi meredakan tekanan.

“Lagi banyak fikir, lagi serabut kepala. Tak ada faedah pun kalau rasa tertekan. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu untuk sentiasa berfikiran positif.

“Salah satu cara adalah dengan berkaraoke dan menari. Jadi, masa saya menari sementara tunggu ambulans tu bukan sekadar suka-suka, tapi saya ada semangat yang positif,” ujarnya yang bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

Yazid berusaha untuk berfikiran positif bagi meredakan tekanan.

Bagi mengelakkan kebosanan dan rasa sed1h sepanjang ditempatkan di Pusat ku4r4nt1n dan Rawatan c0v1d-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, pemuda itu berhubung dengan rakan-rakan lama menerusi panggilan video.

“Masa itulah saya call rakan-rakan lama, malah dari zaman sekolah yang dah lama tak berhubung. Saya bertanya khabar, ada juga saya kongsikan berita saya positif c0v1d-19.

“Memang sed1h bila kita positif c0v1d-19, tapi jangan layan perasaan sed1h tu. Kalau terlalu layan emosi memang tak ada faedah. Kita kena atasi perasaan sed1h tu dengan aura dan semangat yang positif,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar