Semua Terjadi Ada Hikmah, Allah Aturkan Semua Ini Dan Kebetulan Nama Pun Lebih Kurang Sama

SEPERTI dalam drama, begitulah reaksi seorang ibu yang berdepan detik cem4s apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain.

Kisah mengenai bayi tertukar itu menjadi tul4r apabila wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin membuat perkongsian menerusi Facebook (FB) Live, Sabtu malam.

Berkongsi pengalaman, wanita berusia 22 tahun itu mengakui pada mulanya tergamam berdepan detik mencem4skan itu yang membabitkan anak lelaki keduanya.

“Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Sebelum ni kita tengok kat dalam drama je, tapi perkara ini terjadi pada diri sendiri.

“Saya memang terk3sima, terdiam, ris4u semua ada. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya bila dapat tahu anak yang saya pegang tu bukan anak saya.

“Saya asyik fikir anak saya kat mana, dengan siapa, macam mana keadaan dia,” katanya kepada mStar sambil menambah dia melahirkan bayi lelaki di sebuah h0sp1tal di Shah Alam, kira-kira pukul 2.30 pagi pada 11 Jun.

Lebih dikenali sebagai Siti Jamumall, dia hanya menyedari bayi itu bukan anaknya semasa suaminya mahu mem0t0ng tanda nama pada kaki bayi berkenaan selepas pulang ke rumah.

“Saya discaj petang semalam (Sabtu), masa waktu Maghrib suami nak p0tong tag di kaki anak, ada nama wanita lain dan bukannya nama saya.

“Nasib baik suami tengok dulu tag nama tu sebelum dia bu4ng. Dia siap tanya kenapa nama ibu lain? Masa tu kami terus kel1ru, eh betul ke ini anak kami?

“Kami ada ambil gambar anak selepas saya bers4lin sebelum anak dibawa ke nurseri, tapi kami sedapkan hati sendiri mungkin muka bayi berubah,” katanya sambil menambah tanda nama tersebut dipercayai merujuk kepada ibu kepada bayi yang dilahirkan pukul 3 petang 10 Jun.

Menurut usahawan itu, dia dan suaminya menghubungi pihak h0sp1tal berhubung perkara itu sebelum bergegas ke h0sp1tal pada Sabtu malam dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertuk4ran bayi.

“Setibanya di h0sp1tal, kami dibawa jumpa ibu bapa yang juga tertukar bayi dengan membawa pulang anak kami, bersama pihak h0sp1tal.

“Bila kami dibawa jumpa dengan anak kami yang sebenar, saya tak tengok tag dah. Saya terus teringat muka anak saya yang pertama. Memang iras dengan wajah abang dia yang berusia setahun dan enam bulan,” katanya.

TERUS JADI FAMILY

“Allah terima kasih satukan kami , autom4tik kami dah jadi family . siti tak sangka allah mcm aturkan nama baby pon Aisar & Aiman . kami baru lepas di interview Buletin TV3 yg akan bersiaran malam ni”

“Siti percaya allah aturkan dan pilih siti untuk perjuangan ini . Allah lulvh baca ni dari dr pakar puan yg wasap siti . bayangkan kejadian yg berlaku tapi tak tau tertukar anak sendiri”

Dalam pada itu, Siti Jamumall tidak dapat menyembunyikan perasaan sed1hnya apabila telah menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak orang lain yang tertukar itu.

“Bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan anak saya. Ada hikmah di sebaliknya. Tak jangka, mak saya pun ingatkan situasi macam ni berlaku dalam drama je.

“Hari ni saya ke h0sp1tal semula untuk melakukan pemeriksaan k3sihatan penuh terhadap anak memandangkan dia dibawa keluar dari h0sp1tal lebih awal dari sepatutnya.

“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat gu4man dalam mempertimbangkan tindakan selanjutnya sebagai pengajaran,” katanya yang turut membuat lap0ran p0lis berhubung kejadian itu.

JAWAPAN PIHAK HOSPITAL

Harian Metro kemudian menghubungi hospital swasta yang dimaklumkan ibu bayi terbabit, namun jurucakap hospital terbabit menafikan kejadian itu berlaku di hospitalnya.

Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23, turut kec3wa dengan ins1den itu yang menyebabkan emosinya terganggu.

Menurutnya, dia melahirkan bayi lelaki secara pembed4han di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

Sumber : MSTAR ONLINE / JAMUMALL.COM/ HM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN