New Delhi: Hanya ke t4ndas pada waktu malam dan terperap di dalam bilik sepanjang masa selama 10 tahun. Itu adalah ‘peng0rbanan’ sepasang kekasih yang tinggal bersama secara sembunyi dalam tempoh itu.
India Times melaporkan kira-kira 10 tahun lalu, seorang gadis bernama Sajitha dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk bertemu saudara.
Pencarian keluarga dan laporan polis tidak menunjukkan sebarang perkembangan sehingga keluarganya bun.tu.
Namun, seorang saudara terserempak Rahman iaitu teman lelaki Sajitha ketika berusia 18 tahun.
Curiga dengan kemunculan Rahman, lelaki berkenaan mengekorinya sehingga ke kediaman keluarga Rahman.
Dengan bantuan polis, rahsia mula terb0ngkar selepas Rahman mengakui dia tinggal bersama seorang wanita di rumahnya.
Selepas pemeriksaan dijalankan, polis menemui Sajitha gadis yang dilaporkan hi.lang 10 tahun lalu di rumah lelaki terbabit, tidak jauh dari kediaman keluarga Sajitha di Kerala, India.
Rahman mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.
Malah, sejak 10 tahun lalu Rahman tidak makan bersama keluarga dan hanya terperap di dalam bilik sehingga dia disangka tidak siu.man.
Sajitha pula hanya keluar ke tan.das pada waktu malam menerusi ruang tingkap bilik berkenaan bagi mengelak keberadaannya diketahui keluarga kekasihnya.
Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.
Pasangan itu mengakui bertindak sedemikian kerana khuatir hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Sumber : Metro