“Tak adil hukvm saya dengan video yang disunting” – Iqram Dinzly masih waras, jawab tudvhan terpes0ng akidah gara-gara video TikTok

PELAKON Iqram Dinzly meminta orang ramai supaya tidak mengadili perlakuannya hanya berdasarkan video pendek yang tersebar di aplikasi TikTok.

Pemilik nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 40, berkata, apa yang disebarkan oleh seorang pengguna sosial media itu bukanlah gambaran sebenar kerana ia sudah disunting demi tujuan tertentu.

“Saya tengok balik live tu, tak adil sekiranya video 1 minit 20 saat tu dipetik daripada sejam lebih punya durasi untuk dijadikan satu bahan tegu.ran.

“Tegu.ran yang macam mana? Atas syariat Islam atau kehendak n4fsu nak kata saya ros.ak akidah,” ujarnya kepada mStar.

Teguran PU Syed terhadap Iqram menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan Iqram Dinzly bersama seorang lelaki sedang berbual tentang agama Islam tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit itu memperlihatkan pelakon berkenaan meminta dirinya disem.bah hingga menimbulkan kema.rahan netizen.

Perkara itu, turut mendapat reaksi Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Iqram segera bertaubat dan mendapatkan rawa.tan sewajarnya.

Mereka yang sepatutnya perlu mendapatkan rawatan sebab terlalu sibuk hal orang tanpa usul periksa.

IQRAM DINZLY

PELAKON

PU Syed mengingatkan agar golongan muda atau pengguna media sosial supaya tidak mengikuti live pelakon itu pada masa akan datang kerana bimbang boleh merso4kkan akidah.

Dalam pada itu Iqram berkata, dia sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan seperti yang diperkatakan banyak pihak.

“Siapa yang s4kit? Siapa yang perlu mendapatkan rawatan? Mereka di luar sana yang sepatutnya perlu mendapatkan rawa.tan sebab terlalu sibuk hal orang tanpa usul periksa.

“Saya cakap sem.bah la aku (merujuk kepada Tuhan), saya tak cakap sem.bahlah Iqram Dinzly,” ujarnya.

Sementara itu, Iqram berkata, dia tidak mahu perkara ini dipanjangkan kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga.

“Saya minta maaf kepada sesiapa sahaja dan jangan risau d0sa kalian terhadap saya, telahpun saya maafkan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar