RAMAI yang terkesan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu.
Menerusi satu video di aplikasi TikTok, seorang anak meluahkan kesed1han mengenai bapanya yang terpaksa bercuti tanpa gaji berikutan ‘total lockdown’.
Video berdurasi 19 saat itu menunjukkan bapa pemuda tersebut sedang menikm4ti nasi bungkus di tepi jalan ketika menemaninya keluar bekerja sebagai penghantar barang.
Pemuda berkenaan, Aiman Haziq Ishak berkata, bapanya yang bekerja sebagai pemandu bas untuk sebuah kolej diarahkan bercuti tanpa gaji sejak ‘total lockdown’ 1 Jun lalu.
Bapa Aiman bertugas sebagai pemandu bas.
Anak muda berusia 20 tahun itu memberitahu, bapanya yang berumur 58 tahun terpaksa akur meskipun berat menerima keputusan itu kerana perlu menyara keluarga.
“Ayah dah lama berkhidmat sebagai pemandu bas, sejak saya kecil lagi. Lebih 10 tahun ayah menyara keluarga dengan pendapatan sebagai pemandu bas.
“Saya kasihan tengok ayah bersed1h, sekarang pula lockdown disambung lagi dua minggu… entah bila ayah dapat bekerja semula,” katanya kepada mStar.
Aiman bekerja sebagai penghantar barang sejak Mei.
Tidak mahu melihat bapanya terus bersed1h, dia yang lebih mesra disapa Aiman mengajak bapanya untuk menemaninya keluar bertugas sebagai penghantar barang.
“Saya ajak ayah untuk ikut saya. Ayah berminat dan tugasnya lebih kepada memandu kereta, manakala saya melakukan tugas mengambil dan menghantar barang-barang ke lokasi.
“Mungkin tak banyak untung yang kami boleh dapat dengan kerja bersama, tapi membantu menaikkan semangat ayah untuk cari rezeki,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Bapa Aiman ketika di lapangan.
Mengenai video yang tular, dia yang baru bekerja sebagai penghantar barang sejak bulan lalu menjelaskan ketika itu mereka sedang berehat pada waktu petang.
“Selalunya kalau saya kerja seorang, saya akan balik ke rumah untuk makan. Tapi ayah kata jauh kalau balik, jadi kami berehat saja di tepi jalan.
“Saya sed1h masa tengok ayah makan tepi jalan tu, tapi lagi sed1h kalau ayah susah hati sebab tak ada income. Sekarang ni ayah bersemangat untuk kerja, dan income dibahagikan untuk ayah juga,” katanya yang merupakan anak keempat daripada enam beradik.
Saya sed1h tengok ayah makan tepi jalan tu, tapi lagi sed1h kalau ayah susah hati sebab tak ada income. Sekarang ni ayah bersemangat untuk kerja
AIMAN
Menurut Aiman, bapanya disifatkan sebagai seorang yang tegas dan begitu mementingkan disiplin khususnya dalam mendidik anak-anak.
“Ayah kata kalau dalam apa-apa pun, disiplin perlu diutamakan. Kalau kerja kena bersungguh-sungguh, kena mulakan dari awal jangan sampai tertangguh,” ujarnya.
Aiman (dua, kiri) dan bapa (duduk, tengah) bersama sebahagian adik-beradiknya.
Kata Aiman, kesungguhan bapanya dapat dilihat dengan waktu perkhidmatan mereka lebih panjang berbanding ketika dia melakukan tugas itu seorang diri.
“Kalau sebelum ini, biasanya saya akan kerja dari pagi sampai pukul 4 atau 5 petang, dan selepas itu balik. Tapi ayah kata lebih baik kerja sekurang-kurangnya sampai 8 malam.
“Lebih lama bekerja, insyaAllah lebih banyak job akan dapat. Sementara tunggu job penghantaran masuk (menerusi aplikasi), kami akan tunggu atau berehat kat tepi jalan.
“Tapi ayah lebih suka berada di luar, daripada duduk rehat atau makan dalam kereta. Itu yang ayah lebih suka makan tepi jalan. Syukur, ayah lebih nampak bersemangat,” katanya.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar