“Rindunya.. Ini Kisah Anak Syurga Kami.” 3 Kali Bers4lin, 3 Kali Balik Rumah Tanpa Baby

Diuji kehil4ngan anak sama ada ketika dalam kandungan, sewaktu lahir ataupun semasa membesarkan mereka bukan sesuatu yang mudah. Hanya yang melalui situasi ini akan faham. Tapi sebagai hamba-Nya nak atau tak tetap kena akur kerana Allah mengetahui segalanya.

Mungkin di dunia Allah nak uji sebab Dia tahu kita mampu, tapi di sana nanti, syafaatnya sangat besar kerana anak syurga inilah yang akan memberi tiket buat ibu bapanya ke syurga.

Perkongsian yang cukup menyentuh hati di TikTok Shaqudsi yang mengambarkan ketabahan dirinya dan suami apabila kehil4ngan tiga cahaya mata tanpa sempat dipeluk dan disusukan.

@shaqudsi

Video semalam dh kena removed . Kisah 3 anak syurga kami ❤️ Doakan kami tidak putus asa ##cervicalincompetence ##awareness

♬ original sound – _azuan.daud

Kehil4ngan ketiga-tiga anak syurga ini benar-benar memberi tamparan hebat buat pasangan suami isteri ini walaupun luaran nampak kuat tapi dalam hati Allah yang tahu.

3 Kali Bersalin, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby

Menurut ibu kepada tiga anak syurga ini, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau bahasa yang lebih mudah difahami keadaan rahim yang lemah yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Pada masa yang sama, dia sempat menceritakan pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan. Bagaimanapun, atas persuratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat merasa susu ibu.

3 kali mengandung, 3 kali buku Pink. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti ibu-ibu lain, dan dia perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.

3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.

“Yang ada rezeki anak, peluk dan sayangilah mereka..”

Di akhir perkongsian tersebut, Puan Sha sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa yang diberikan rezeki membesarkan anak supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berk3sempatan untuk berbuat demikian.

Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.

Kredit: Shaqudsi; OB

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.majalahpama.my/