Selebriti terkenal Elly Mazlein akan berusaha sehabis baik untuk membantu golongan yang terjej4s sepanjang pelaksanaan PKP berikutan dia menerima banyak permohonan bantuan.
Menerusi laman sosial Instagram, Elly, 41, atau lebih m3sra disapa Kak Lina mahu mereka yang telah menghantar permohonan bantuan untuk memahami dan bers4bar kerana sumbangan masih lagi diagihkan.
“Insya-Allah ada rezeki tak kemana. Kak Lina cuba ya. Cuma Kak Lina harap anda faham ya. Bila DM terlalu banyak ada yang DM Kak Lina tak dan nak baca.
“Apa-apa pun Kak Lina usaha, Insya-Allah. Tak pernah anggap diri ni baik. Tapi tak salah kalau kita ubah jadi baik. Tak gitu wak?” tulis Elly di ruangan kapsyen.
Tambah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini lagi, dia akan cuba sehabis mampu untuk mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
View this post on Instagram
“Kak Lina memahami keadaan anda. Kak Lina cuba yang terbaik dengan apa yang termampu ya. Kalau bukan dari Kak Lina, insya-Allah ada dari insan yang lain,” jelasnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mendoakan agar urusan Elly dalam memberikan bantuan kepada mereka yang terjej4s sentiasa dipermudahkan.
“Moga pintu rezeki kita semua sentiasa terbuka seluasnya. Terima kasih Kak Lina sudah berhabis yang terbaik,” komen seorang wargamaya.
“Kak Lina yang baik hati, semoga dipermudahkan urusanmu,” doa seorang wargamaya.
“Semoga ada rezeki 6 orang anak saya, amin,” luah seorang wargamaya.
“Kak Pom terpaling paling!” usik seorang wargamaya.
“Good job kak kepom. Sharing is loving,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 7,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak