Kini Wawa Zainal Kembali Ber4ksi Di Hadapan Kamera Selepas Berehat Selama Lima Tahun

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal kembali ber4ksi di hadapan kamera selepas berehat selama lima tahun daripada dunia lakonan.

Wawa bakal muncul dalam naskah terbaru berjudul Sabda Kekasih di samping suaminya, Aeril Zafrel. Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan termasuk Sabri Yunus dan Fauziah Nawi.

Wawa menerusi satu hantaran di Instagram turut bersyukur kerana semua pihak terlibat banyak membantu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“5 years tak berlakon, kek0k sgt digandingkan dengan pelakon hebat @aeril_zafrel @fauziahnawi @sabriyunus.

“Alhamdulillah semua sgt membantu wawa dpt kan tune balik, al maklumla da shy2 cat nampak camera. Lepastu pelakon baru @sharifahhusnaofficial yg sgt talented.

“I can feel husna boleh pergi jauh dlm industri dgn wajah yg cantik dan lakonan pun menjadi,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut menyatakan penonton tidak akan rvgi untuk menonton filem yang berdurasi kira-kira 80 minit itu.

“I just cant wait utk uall layan #sabdakekasih ni . promise tak rvgi sejam 20minit uall .. yg penting sediakan tisu kat sebelah ok,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tidak sabar untuk menantikan tayangannya pada 24 Jun ini, sementelah runut bunyi filem tersebut nyanyian Daqmie sudah pun dilancarkan beberapa bulan lalu.

Foto: Instagram Wawa Zainal, YouTube Arteffects Media

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mh