KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ebit Lew dan rombongannya yang kini berada di Kaherah, Mesir dilaporkan telah mendapat kebenaran awal untuk memasuki Gaza, Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri Kamarulzaman, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, pihak berkuasa tempatan turut meletakkan beberapa syarat tambahan untuk dipatuhi pasukan misi bantuan kemanusiaan Ebit Lew.
Nadir yang menetap di Gaza hampir 10 tahun, berkata syarat berkenaan antaranya bertujuan memastikan keselamatan perjalanan masuk misi bantuan kemanusiaan itu ke Gaza.
“Tetapi kalau berlaku pertambahan ser4ngan Zi0nis Isr4el ketika ke atas bumi Gaza seperti yang berlaku beberapa hari ini, mungkin peluang untuk mereka masuk menjadi semakin rendah.
“Ser4ngan itu akan digunakan sebagai alasan untuk menghalang kemasukan mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Awal pagi Rabu lalu, Isr4el melancarkan ser4ngan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan peju4ng wilayah itu menghantar belon api ke selatan Isr4el.
Isr4el sekali lagi melancarkan ser4ngan udara awal pagi semalam, terhadap beberapa lokasi milik kumpulan bers3njata di barat laut Bandar Gaza dan utara Beit Lahia di wilayah yang terkepvng.
Dua ser4ngan ini adalah yang pertama berlaku di Gaza sejak Isr4el dan pejvang Hamas bersetuju untuk genc4tan senj4ta pada 21 Mei lalu susulan ser4ngan 11 hari tentera Isr4el di wilayah berkenaan yang menyaksikan lebih 260 penduduk Palestin terbvnuh.
Semalam, sumber Wisma Putra mengesahkan Ebit Lew serta rombongannya berada di Kaherah dan masih belum boleh memasuki Gaza untuk menyampaikan sumbangan.
Kata sumber itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Ebit Lew juga masih mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa bagi memudahkan urusan kemasukan ke Gaza.
Ebit Lew dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu dan pada hari sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar menjelaskan misi bantuan yang dijadualkan bermula 25 Mei hingga 30 Mei itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Kata Kamaruddin, urusan dan persediaan berkaitan misi itu sudah dirancang serta dibuat oleh Ebit Lew sendiri melalui kerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO) mereka di Mesir.
Pada 27 Mei lalu, Ebit Lew melalui satu hantaran di Facebook, memaklumkan selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang akan dibawa menggunakan dua treler dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital di Gaza pada hari terbabit.
Banyak pihak kemudian tertanya-tanya mengenai status keadaannya serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial selepas tarikh itu sehinggalah beliau memuat naik gambarnya di Facebook serta Instagram, pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun,Ebit Lew tidak menyatakan lokasi beliau sewaktu memuat naik gambar berkenaan, sebaliknya meminta masyarakat mendoakan kejayaan misi.
Hantaran di media sosial itu dilihat banyak pihak, sebagai bertujuan meredakan kebimbangan masyarakat selepas ada laporan berita kononnya Wisma Putra sedang mengesan keberadaan pendakwah bebas itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH