WATAK animasi Detektif Conan memang cukup diminati di seluruh negara namun tiada siapa menyangka peminjam suaranya, Zairani Sarbini kini sedang bert4rung dengan peny4kit bar4h servik yang didiagnos, baru-baru ini.
Menurut suaminya, Shamsul Cairel, 48, Zairani kini dita.han di wad h0sp1tal Shah Alam dan masih dalam pemerhatian doktor berikutan komplikasi b4rah itu yang sudah mere.bak ke otak sehingga menyukarkan dia untuk berkomunikasi.
“Keadaan isteri ketika ini masih dalam pemerhatian rapi doktor, keadaannya juga masih tidak begitu stabil. Sel b4rahnya sudah mere.bak ke organ lain termasuk otak. Kali terakhir saya jumpa isteri, dia masih boleh bertindak balas dan faham dengan apa yang saya cakap.
“Cuma apabila sel b4rah mere.bak ke otak, ia menjejaskan kemampuan isteri untuk berkomunikasi. Ia antara cabaran doktor yang mera.wat kerana isteri tidak mampu meluahkan kes4kitan dialami.
“Doktor terpaksa berg4ntvng kepada ujian dan pemeriksaan untuk tahu keadaannya,” katanya.
Tambah Shamsul, lebih mencabar, sukar untuknya melawat Zairani akibat situasi pan.demik yang tidak mengizinkan.
Katanya, prosedur lawatan pes4kit luar yang lebih ketat menyukarkannya untuk sentiasa berada di sisi Zairani.
“Ketika ini, isteri ditemani kakak ipar. Dia ditempatkan di wad sementara iaitu wad wanita bersalin kerana tiada katil yang kosong.
“Kami sekeluarga masih menanti perkembangan seterusnya berkaitan rawatan kerana keadaan isteri tidak mengizinkan,” katanya.
Menurut Shamsul, kesihatan Zairani mula terjejas selepas mengalami pend4rahan untuk satu tempoh lama disusuli gejala lain seperti vertigo yang menyebabkannya ditahan di wad h0sp1tal Kuala Lumpur.
Menurut Shamsul, dia berkongsi perkembangan Zairani dengan harapan individu yang mengenalinya termasuk peminat yang mengikuti perkembangan ubah suaranya dalam animasi Detektif Conan selain Shizuka dan Sakura mendoakan wanita berkenaan diberi kekuatan melawan peny4kit barahnya itu.
“Saya dan keluarga juga banyak terima sokongan terutama daripada rakan, termasuk Pusat Tahfiz Darul Ulum yang menjadi tempat isteri mengajar anak-anak tahfiz pada hujung minggu dalam membantu meningkatkan kemahiran komunikasi.
“Saya mohon orang ramai mendoakan isteri supaya sembuh seterusnya melakukan rutin yang disukai seperti mana ketika dia sihat. Dia suka membuat persembahan teater dan meminjamkan suara untuk pelbagai karakter,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : wowberita