Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi memaklumkan mengenai strategi pengambilan khas guru secara ‘one off’ ser4mai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
Inisiatif berkenaan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang telah sekian lama berlarutan. Dalam sidang media itu juga, Dr. Radzi turut mengetengahkan cabaran utama pengambilan guru. Antaranya ialah kekurangan bekalan calon guru IPG dan juga ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.
Kolaborasi strategik pengambilan khas guru melalui Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mengetengahkan dua pendekatan yang baharu.
Antara negeri yang mencatatkan jumlah kekosongan guru tertinggi pada tahun 2021 adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak. Berikut pula adalah antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tertinggi di sekolah rendah dan sekolah menengah
Iklan bagi pengambilan khas guru akan bermula pada 7 Julai 2021 manakala penempatan secara berperingkat mulai Oktober 2021.
Video
Sumber: Dr Radzi Jidin
Sumber BH Online
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : dedah site